Rakan...

Rabu, 16 November 2011

Budaya Dalam Sesebuah Cerita (Detective Conan)

Assalamualaikum.... 
Sebenarnya, penulisan ini merupakan tugasan aku untuk semester sebelum ini. Walaupun aku berada dalam Jabatan Kesusasteraan Melayu, iaitu  sebagai major, namun untuk minor pula, aku ambil Sosio-Budaya Melayu. Oleh itu, segala pembelajaran biasanya melibatkan budaya di Alam Melayu seperti ekonomi, cara hidup, politik, agama, dan sebagainya sesuai dengan subjek yang diambil. Ini merupakan subjek "Masyarakat Melayu dalam Era Industrialisasi dan Globalisasi".

1.0 Objektif Kajian:

Melihat makna budaya yang terdapat dalam episod cerita Detective Conan yang telah dipilih, iaitu dari sudut watak, pakaian, peralatan, tingkah laku, dan sebagainya. Melihat kesan budaya global yang terdapat dalam episod ini kepada budaya .

2.0 Pengenalan:

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sesebuah kelompok. Budaya terbentuk dari banyak unsur seperti, sistem agama, politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Budaya adalah suatu pola hidup yang menyeluruh. Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. Manusia mempunyai budaya bagi membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat sosial mereka. Budaya mengandungi informasi tentang nilai, falsafah, pemikiran, dan juga pandangan dunia. Merupakan sistem tingkah laku dan norma dalam masyarakat.

3.0 Latar Belakang Cerita:

Detective Conan merupakan manga dan anime detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Shonen Sunday Mingguan sejak 1994. Syarikat Tora Aman menerbitkan komik manga Detective Conan dalam Bahasa Melayu bagi pembaca Malaysia. Versi anime dihasilkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan telah menayangkan lebih 450 episod siri televisyen yang masih bersiaran di kaca televisyen Jepun dan 13 buah filem telah pun dihasilkan. Di Malaysia, anime ini disiarkan di TV3 dan juga di Astro Ceria saluran 611 .

4.0 Sinopsis Episod yang Dipilih (Episod 1, Kes Pembunuhan Di Roller Coaster):

Mengisahkan Shinichi terkenal sebagai detektif remaja di bahagian Timur Jepun. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri. Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul serta memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869) yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah dan menukar namanya kepada Edogawa Conan.

5.0 Hasil Pemerhatian:

5.1 Watak:

Kudou Shinichi /Edogawa Conan:
 
Kudou Shinichi merupakan seorang detektif yang berusia 17 tahun dan telah berubah fizikal menjadi seorang budak. Seterusnya, beliau telah menukarkan nama sebagai Edogawa Conan. Badannya berubah dan mengecut menjadi kecil disebabkan dia telah dipukul dan dipaksa oleh Kumpulan Baju Hitam menelan sejenis racun yang masih berada di tahap percubaan, iaitu racun APTX-4869. Justeru itu, dia sedang berusaha mencari penawar racun APTX-4869 dan Kumpulan Berbaju Hitam yang memaksanya meminum racun tersebut bagi mengembalikan tubuhnya kepada asal dan membongkar misteri Kumpulan Baju Hitam. Bagi menyembunyikan identiti dirinya, dia kini tinggal bersama sahabat baiknya, Ran dan ayah Ran. Shinichi sangat menyukai Ran, namun, dia tidak berani meluahkan perasaannya. Selain itu, Ran sering memanggilnya dengan gelaran seorang "otaku cerita misteri" kerana selalu membaca cerita misteri atau jenis penyiasatan. Malah, di rumahnya penuh dengan buku-buku jenis tersebut kerana pekerjaan ayahnya sebagai penulis cerita misteri. Di samping itu, dia sangat mengkagumi detektif ciptaan Arthur Conan Doyle - Sherlock Holmes.

Mouri Ran:
 
Mouri Ran merupakan sahabat baik Shinichi sejak sekolah rendah lagi. Mereka saling menyukai tetapi tidak berani berhadapan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Ran merupakan seorang pakar dalam seni mempertahankan diri dan merupakan kapten pasukan karate di sekolahnya. Malah, beliau pernah menjuarai pertandingan karate peringkat Tokyo. Walaupun Ran seorang yang hebat dalam bidang karate, namun dia mempunyai satu kelemahan, iaitu dia mudah takut akan cerita hantu. Dia pernah berkali-kali mengesyaki Conan itu sebenarnya Shinichi tetapi selalunya tidak dibuktikan dan akhirnya akan mengaku Conan itu bukannya Shinichi.

Mouri Kogorou:
 
Mouri Kogoro merupakan bapa kepada Ran. Beliau bekerja dalam bidang penyiasatan dan menjalankan penyiasatan secara persendirian. Namun, dia sebenarnya tidak mempunyai kemahiran di dalam bidang penyiasatan. Walaupun kurang kemahiran dalam penyiasatan, dia amat berkemahiran dalam menembak dan merupakan seorang pakar dalam seni mempertahankan diri Judo. Selain itu, dia juga pernah mengahwini Kisaki Eri, yang merupakan seorang peguam berjaya. Namun, perkahwinannya dengan Kisaki Eri tidak bertahan lama dan mereka bercerai. Walaupun Mouri Kogorou dilihat agak kurang bertanggungjawab, namun dia amat menjaga anak perempuannya. Selain itu, Kogorou merupakan seorang watak yang kuat minum dan peminat setia penyanyi Okino Yoko.

 Profesor Hiroshi Agasa:
 
Prof. Agasa dilihat sebagai seorang profesor yang agak cuai. Namun begitu, beliau banyak mencipta alatan yang membantu Shinichi. Walaupun ciptaannya gagal, dia tetap berusaha sehingga ciptaanya berjaya. Selain itu, Prof.Agasa juga merupakan jiran Shinichi sejak Shinichi kecil. Di samping itu, jika ada masa terluang, beliau sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain, berkhemah, dan bertindak sebagai penjaga mereka dalam setiap ekspedisi yang dijalankan oleh mereka.

 Kojima Genta:
 
Merupakan rakan kepada Ayumi dan sering kali mendakwa dirinya sebagai ketua Pasukan Detektif Muda atau Detective Boys, atau nen Tantei . Kojima Genta merupakan seorang watak yang berbadan besar. Selain itu, Genta juga digambarkan seorang hanya pentingkan diri, sering mendakwa dirinya betul kuat makan. Namun, Genta juga seorang yang turut mementingkan persahabatan. Genta merupakan ketua kelas 1B.

Tsuburaya Mitsuhiko:
 
Mitsuhiko merupakan sahabat baik kepada Genta dan Ayumi. Mereka merupakan rakan sekelas dan Mitsuhiko merupakan seorang yang pintar dan pandai menggunakan komputer. Selain itu, Mitsuhiko juga minati Ayumi dan Ai Haibara.

Yoshida Ayumi:
 
Ayumi merupakan seorang gadis kecil yang menjadi kawan baik kepada Conan, Genta, dan Mitsuhiko. Selain itu, Ayumi merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan mereka iaitu Kumpulan Penyiasat Muda sebelum kemunculan Ai Haibara. Di samping itu, Ayumi jatuh hati kepada Conan dan keadaan ini telah membuatkan Conan tidak selesa kerana dia menyukai Ran. Ayumi juga mudah menangis setiap kali apabila dia merasa cemas.

 Kumpulan Berbaju Hitam:
 
Kumpulan Baju Hitam ini dianggotai oleh Gin, Vodhka, dan beberapa individu lagi yang bertanggungjawab ke atas organisasi ini. Gin merupakan seorang ahli yang mempunyai pangkat dan kedudukan di dalam organisasi. Selain itu, Gin merupakan seorang yang pintar dan tangkas membuatkan dia sukar ditangkap. Malah, dia juga seorang pembunuh yang kejam dan tidak pernah mengingati muka orang yang dia telah dibunuh. Manakala, Vodka pula merupakan orang bawahan Gin dan sering yang memangilnya "Abang" atau "boss". Mereka berdualah yang bertanggungjawab membuatkan badan Shinichi Kudo mengecil. Namun, mereka sendiri masih belum mengetahui perkara tersebut.


5.1) Pakaian:

Di dalam episod ini kita dapat melihat setiap watak memakai pakaian yang jenis yang hampir sama.Bagi watak lelaki mengenakan kot, kemeja, bertali leher, seluar pendek dan kasut. Cara berpakaian ini dapat dilihat melalui watak Sinichi Kudo atau Conan Edogawa, Mouri Kogorou dan watak lelaki lain.
 

Bagi watak perempuan pula, watak-watak ini dilihat mengenakan blaus, t-shirt, skrit, seluar pendek, baju sejuk, dan berkasut. Cara berpakaian ini dapat dilihat daripada watak Mouri Ran dan Yashida Ayumi.
 

Walaupun cerita Detective Conan merupakan sebuah cerita animasi Jepun tetapi didapati di dalam episod ini memperlihatkan bahawa terdapatnya pengaruh Barat di dalam cara berpakaian watak-watak di dalam episode ini. Justeru itu, masyarakat Melayu yang melihat cerita ini, akan melihat cara berpakain sedemikian dan kemungkinan timbul perasaan ingin mencuba berpakaian sedemikian seperti mengenakan pakaian seperti seluar jeans, seluar pendek, kot, t-shirt dan sebagainya.

5.2) Peralatan:

Di dalam episod ini, di dapati kebanyakan peralatan yang digunakan oleh watak-watak merupakan peralatan seharian, peralatan penyiasatan, dan peralatan jenayah. Penggunaan peralatan ini bersesuaian dengan jalan penceritaan dan kehidupan watak-watak. Antaranya peralatan yang digunakan ialah pistol, tali, pisau, pil racun, peralatan sains, gari dan sebagainya. Bagi peralatan sains, kita dapat lihat melalui watak Prof. Agasha yang banyak menggunakan peralatan sains seperti tabung uji, buret, picagari dalam mencipta peralatan baru. Contoh peralatan yang telah dicipta ialah sayap untuk terbang bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan membantu Shinichi menyelesaikan sesuatu kes.
 



 Melalui episod ini, kemungkinan akan memberi kesan kepada penonton Melayu untuk cuba melakukan inovasi dan penciptaan. Seperti mana di dalam episod ini, penciptaan sesuatu alat amat penting bagi memudahkan segala aspek kehidupan dilakukan dengan baik, teratur dan tersusun. Penciptaan sains dan teknologi mampu mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan taraf sesuatu masyarakat serta meningkatkan tahap mobaliti sosial dan memperkembangkan interaksi diantara sesuatu kelompok masyarakat.

5.3) Latar Tempat dan Masa:

Cerita Detective Conan ini merupakan sebuah cerita daripada negara Jepun. Oleh yang demikian, di dalam episod ini, latar tempat yang ditunjukkan adalah berlatar belakang negara Jepun. Seni bina di tempat-tempat ini jelas memaparkan adanya kebudayaan Jepun di dalam cerita ini. Antara tempat-tempat yang telah ditunjukkan ialah di Taman Permainan Taman Tropika, Rumah Ran, Makmal Prof Agasa, restoran, dan kedai runcit. Manakala latar masa pula memaparkan peredaran masa 24 jam dalam sehari. Hal ini kerana, di dalam episod ini ada mengambarkan masa siang dan malam.


5.4) Bahasa :

Disebabkan cerita Detective Conan ini telah dihasilkan oleh seorang pengarah daripada negara Jepun iaitu, Gosho Aoyama. Maka, cerita ini telah menggunakan bahasa Jepun sepanjang jalan penceritaan. Pada permulaan cerita ini, cerita ini hanya ditayangkan di Jepun. Namun, selepas berlakunya pertembungan budaya dan jalinan hubungan globalisasi terjalin, cerita Detective Conan ini telah memasuki pasaran masyarakat Melayu. Di daripada sini, sesetengah masyarakat Melayu yang meminati cerita ini akan cuba memahami dan terpengaruh dengan bahasa Jepun. Keadaan ini akan meningkatkan tahap pemikiran dan pengetahuan mereka tentang bahasa Jepun. Cerita Detective Conan ini juga telah diolah bahasa kepada bahasa Melayu bagi memudahkan masyarakat Melayu memahami cerita tersebut, terutamanya golongan kanak-kanak.

6.0) Kesan Budaya Global Daripada Episod Ini:

6.1) Kesan Positif:

6.1.1 Kuat Berusaha:
Budaya kuat berusaha merupakan satu budaya dan perbuatan yang mulia. Budaya kuat berusaha ini amat digalakkan dalam setiap bangsa,masyarakat dan etnik. Di dalam episod ini, budaya kuat berusaha dapat dilihat daripada watak Prof Agasa yang gigih berusaha dan rajin menjalankan pelbagai kajian. Sekiranya gagal, dia akan cuba lagi sampai berjaya. Prof Agasa tidak mengendahkan ejekan, sindiran dalam menghasilkan ciptaannya. Hal ini kerana baginya, sekiranya dia berjaya menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru, ini akan memberikan kepuasan kepadanya. Justeru itu, Prof Agasa mempunyai semangat yang tinggi dan kuat berusaha dalam setiap pekerjaannya.

Melalui perwatakan Prof Agasa yang tidak mengenal penat lelah, tidak mudah menyerah dan kuat berusaha , telah memberi kesan kepada penonton, yang mungkin terdiri daripada masyarakat Melayu supaya kuat berusaha dalam setiap pekerjaan dan tidak berpeluk tubuh sahaja. Budaya kuat berusaha ini amat penting kerana sesuatu bangsa yang berjaya, merupakan bangsa yang kuat berusaha dan tidak mudah menyerah sebelum berjuang. Keadaan ini telah berjaya mendidik dan menyemai sikap kuat berusaha dalam kebudayaan masyarakat Melayu bagi meningkatkan kebudayaan Masyarakat Melayu.

6.1.2 Menghormati Orang Tua:
 Di dalam setiap kebudayaan, peradaban sesuatu masyarakat, sikap dan budaya menghormati orang yang lebih tua sering kali ditekankan dalam setiap diri individu yang berada di dalam kelompok itu. Keadaan ini jelas mengambarkan bahawa sikap menghormati orang tua penting dalam aspek kehidupan bermasyarakat. Di dalam episod ini, kita dapat lihat budaya menghormati orang tua melalui watak Yashida Ayumi, Kojima Genta, Tsuburaya Mitsuhiko sangat menghormati prof Agasa. Semasa bercakap dengan Prof. Agasa mereka menggunakan bahasa yang lembah lembut, nada suara tidak nyaring dan mereka sopan santun dan tunduk hormat setiap kali berjumpa dengan prof.Agasa. Keadaan ini jelas memperlihatkan adanya budaya menghormati orang tua di dalam episod ini.

Melalui perlakuan budaya menghormati orang tua yang dipaparkan melalui babak ini, Babak ini mampu menyemai budaya menghormati orang tua dalam masyarakat Melayu. Hal ini kerana, di dalam masyarakat Melayu budaya menghormati orang tua juga amat ditekankan. Malah melalui jalinan kemesraan di antara orang muda dan orang tua, disebabkan budaya menghormati orang tua ini. Wujud pepatah Melayu, iaitu “yang tua dihormati dan yang muda disayangi”. Pepatah tersebut jelas mengambarkan bahawa di dalam kebudayaan Melayu sikap menghormati orang tua amat ditekankan dan dititikberatkan dalam kehidupan seharian mereka.

6.1.3.Bercita-Cita Tinggi:
Bagi menjadikan diri kita sebagai seorang yang berjaya di dalam kehidupan dan setiap urusan yang dijalankan. Kita mestilah memiliki sikap, tingkah laku yang mencerminkan budaya bercita-cita tinggi. Budaya bercita-cita ini juga kita dapat lihat daripada episod ini melalui watak Shinichi. Shinichi merupakan seorang watak sangat bercita-cita dan berazam untuk menjadi seorang penyiasat yang berjaya. Bagi merealisasikan impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang penyiasat yang berjaya. Beliau telah melakukan pelbagai usaha dan gigih. Dia tidak merasakan jemu terhadap sesuatu kes, bahkan dia berasa lebih teruja untuk menyelesaikan sesuatu kes. Keadaan ini jelas memperlihatkan bahawa Shinichi merupakan seorang watak yang kuat berusaha.

Perbuatan dan tingkah laku yang telah ditimbulkan oleh watak Shinichi ini telah memberi kesan dan pendidikan kepada penonton, terutama masyarakat Melayu. Kami mengatakan mampu memberi kesan kepada masyarakat Melayu kerana kami hanya membincangkan pengaruh episod ini terhadap masyarakat Melayu. Daripada babak ini, telah mendidik masyarakat Melayu supaya mesti mempunyai cita-cita yang tinggi dalam kehidupan, agar tahap tamadun masyarakat Melayu dapat berkembang. Cita-cita ini mesti disertai dengan usaha,supaya tidak menjadi angan-angan Mat Jenin. Seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi akan mampu mengubah sesuatu perkara itu menjadi sesuatu yang baru dan tidak berada di tahap yang sama. Ini memperlihatkan pentingnya budaya kuat berusaha dalam masyarakat.

6.1.4 Berdikari:
Budaya berdikari amat digalakkan kerana budaya berdikari ini mampu mematangkan seseorang individu dan mereka tidak mudah bergantung dan mengharapkan pertolongan daripada orang lain. Budaya berdikari ini akan menjadikan mereka lebih tabah, yakin, dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang telah dibuat oleh mereka. Melalui episod ini, kita dapat lihat adanya budaya berdikari melalui watak Yashida Ayumi, Kojima Ghenta, Tsuburaya Mitsuhiko. Keberdikarian mereka terlihat semasa peristiwa mereka pergi sendiri ke Taman Tropika tanpa ditemani oleh keluarga. Kanak-kanak seusia mereka dan masih bersekolah rendah, namun tidak takut pergi ke tempat yang ramai orang secara bersendirian. Keadaan ini jelas memperlihatkan mereka tidak memerlukan bantuan daripada orang lain, mereka boleh buat sendiri kerana mereka menanamkan budaya berdikari di dalam diri mereka.

Peristiwa dan tingkah laku yang dipaparkan oleh watak ini mampu mendidik masyarakat Melayu supaya berdikari dalam setiap urusan tanpa mengharapkan bantuan. Budaya berdikari ini mampu membaiki tahap dan corak pemikiran masyarakat Melayu supaya tidak terikat dengan sesuatu sehingga mampu membataskan pemikiran mereka. Malah sesorang yang berdikari mampu menyesuaikan dirnya dalam setiap aspek dan keadaan. Hal ini kerana, mereka sanggup berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

6.2) Kesan Negatif:

6.2.1 Dendam:
Hitomi yang merupakan bekas kekasih Kishida telah merancang pembunuhan Kishida semasa berada di atas roller coaster akibat daripada perasaan dendamnya, lantaran dipermainkan oleh Kishida. Dendam merupakan sesuatu yang buruk, dan sekiranya masyarakat Melayu terpengaruh akan mengakibatkan berlakunya perbalahan dan permusuhan dalam masyarkat Melayu. Mampu membantutkan perkembangan kebudayaan Melayu yang mementingkan kesopanan dan ketatasusilaan.

6.2.2 Pergaulan Bebas:
Aiko tanpa segan silu berpelukan dan saling berbalas ciuman dengan Kishida, walaupun berada di tempat orang ramai. Malah Aiko juga memakai pakaian seksi sehingga menampakan bentuk tubuhnya. Sekiranya budaya ini diserap dalam kebudayaan masyakat Melayu, ini akan menyebabkan berlakunya satu perubahan yang buruk. Sehingga maksiat di depan mata tidak mampu halang dan membolehkan generasi muda terus hanyut dalam budaya negatif pergaulan bebas ini.

7.0) Kesimpulan:

Adegan, watak, pakaian, dan sebagainya memberi pengaruh kepada penonton, terutamanya masyarakat Melayu. Namun, kita tidak boleh melihat kepada cerita yang dikaji ini semata-mata yang menjadi punca berlakunya sesuatu pengaruh kerana masih terdapat banyak lagi faktor lain yang menjadi punca pengaruh sesuatu budaya itu tersebar dan memasuki budaya Melayu. Animasi juga mampu mempengaruhi sesuatu kebudayaan masyarakat sehingga sesuatu cerita itu menjadi ikutan. Sesuatu masyarakat tidak semestinya mengambil sepenuhnya kebudayaan masyarakat lain disebabkan faktor keagamaan, kekangan politik, kekurangan peralatan sains dan teknologi, dan lain-lain. Ini kerana, perubahan sesuatu aspek atau bidang akan mempengaruhi bidang yang lai juga menyebabkan sesuatu budaya lain atau kemodenan itu sukar diterima sebagai salah satu budaya sekiranya aspek lain tidak berubah, di samping pemikiran masyarakat yang berbeza mengikut sesuatu budaya.

Ragam Perkahwinan

Assalamualaikum... Sekadar perkongsian, buat renungan dalam menghadapi masa depan nanti. he3..:)
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik LRT ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kat kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kat kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kat kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak
kuar ngan maid kita yg baru ni...."..
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...
***
Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...
***

Selasa, 15 November 2011

KCB :Ketika Cinta Bertasbih

Assalamualaikum…

         Kali ini ingin membicarakan mengenai salah sebuah novel yang menjadi kegemaranku. Namun, perkenalan ini bukanlah asalnya daripada novel kerana aku mengenalinya setelah novel tersebut difilemkan, maklumlah penulis novelnya bukan berasal dari Malaysia tetapi dari Indonesia. Sebelum ini, penulis novel tersebut berjaya menghasilkan sebuah novel yang tampaknya amat popular bukan sahaja di sana, bahkan di Malaysia. Novel tersebut ialah ‘Ayat-Ayat Cinta’ yang  turut berjaya difilemkan dan menjadi novel ‘best seller’


       Keistimewaan karya-karya penulis bernama Habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik ini dilihat dapat membawa remaja ke arah membimbing dan memberi kesedaran dalam melibatkan unsur-unsur percintaan, kasih sayang, pengorbanan, dan sebagainya yang nyata penuh dengan unsur islami. Kalau dilihat dari sudut pelajaran yang aku kini sedang pelajari, penggunaan Teori Takmilah, iaitu satu-satunya teori Islam dalam kesusasteraan Melayu dilihat dapat digunakan untuk mengkaji novel-novel sebegini biarpun asalnya dari Indonesia. 




          Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi minatku kepada semua. Untuk pengetahuan, KCB ini telah difilemkan, iaitu KCB Movie 1 dan sambungannya KCB Movie 2. Jika sebelum ini tidak kenal akan novel atau filem ini, bolehlah menontonnya di mana? Sekarang ini, cari punya cari, sudah ada hamba Allah yang muat turun dalam You Tube 'full movie'. Jadi, tak perlulah aku bercerita panjang lagi…He3… Selamat menonton…
KCB Movie 1:



KCB Movie 2:

Teraju Utama dalam filem dan sinetron KCB

Sambungan:
        Memandangkan sambutannya yang begitu memberangsangkan terhadap movie KCB ini, penulis meneruskan usahanya dalam pembikinan drama atau sinetron Indonesia melalui Ketika Cinta Bertasbih The Series: Spesial Ramadan. Sinetron KCB ini merupakan sambungan daripada KCB Movie 1 dan 2, iaitu sebanyak 56 episod. Dalam KCB Spesial Ramadan ini, diperkenalkan watak-watak baru yang menggerakkan jalan cerita supaya menjadi lebih menarik.

Sinopsis Sinetron Ketika Cinta Bertasbih RCTI Spesial Ramadan


Pesantren Daarul Qur`an yang terletak di desa Wangen, Polanharjo, Klaten adalah pesantren terbesar di Jawa Tengah bagian selatan. Pesantren itu diasuh oleh ulama kharismatik yaitu Kyai Luthfi Hakim.
Suatu waktu Kyai Luthfi Hakim harus menunaikan nadzarnya, tinggal di samping Masjidil Haram setengah tahun lamanya. Maka amanah mengasuh pesantren jatuh ke pundak menantu dan putrinya yaitu Azzam (Cholidi Asadil Alam) dan Anna Althafunnisa (Oki Setiana Dewi). Di sinilah kisah sinetron KETIKA CINTA BERTASBIH spesial Ramadhan ini dimulai.
Di awal mengasuh pesantren, Azzam dan Anna menghadapi masalah tidak dari orang lain, justru dari diri mereka berdua sendiri. Sudah tujuh bulan menikah, Anna belum juga mendapat tanda-tanda akan memiliki anak. Hasil pemeriksaan medis divonis mengidap Endometriosis, suatu penyakit yang dikenal menjadi salah satu penyebab kemandulan.
Anna menjadi sangat cemas kalau Azzam menikah lagi, karena dia sangat kecil kemungkinannya bisa memberikan keturunan untuk Azzam. Anna yang biasanya panjang berpikir menjadi sangat sensitif.
Dalam suasana seperti itu pesantren dititipi seorang remaja putri pecandu narkoba bernama Aprilia (Tsania Marwa), putri sepasang konglomerat. Aprilia diterima setelah Azzam dan Anna mengadakan musyawarah dengan pengurus pesantren, walaupun awalnya Azzam enggan untuk menerimanya.
Keberadaan Aprilia benar-benar membuat kekacauan di pesantren. Kelakuannya yang tidak mengenal sopan-santun sangat mengganggu ketenangan pesantren. Bahkan rumah tangga Azzam dan Anna nyaris terancam pecah karena ulah Aprilia.
Anna yang sensitif langsung dibakar cemburu. Anna semakin merasa tidak bisa memaafkan Azzam ketika Aprilia menjelaskan kalau dirinya memang diperdaya oleh Azzam, karena Azzam ingin mendapatkan anak dari Aprilia akibat dari penyakit yang diderita Anna. Anna kehilangan kepercayaan kepada Azzam, karena penyakit tersebut adalah rahasianya dengan Azzam.
Keadaan semakin kritis ketika Eliana dan pamannya datang meminta Azzam mencarikan tempat yang cocok untuk syuting video klip. Azzam membantu Eliana mencarikan tempat dengan membawa Eliana ke salah satu sisi terindah dari pinggir Waduk
Cengklik, Colomadu, Solo. Itu adalah tempat yang sangat romantis yang sepi, yang biasa menjadi tempat beristirahat Azzam dan Anna. Anna semakin dibakar rasa cemburu. Bahkan Anna sempat menganggap bahwa Azzam lebih buruk dari Furqan suami terdahulunya.
Keadaan pesantren semakin diuji ketika salah seorang santri dicabut dari pesantren, sehingga hal itu menciptakan sejarah buruk bagi Pesantren Daarul Qur`an. Karena sejak pesantren didirikan sampai saat itu belum pernah ada wali santri yang menarik anaknya karena tidak sepakat dengan kebijakan pesantren apalagi tidak percaya kepada pesantren. Berbagai peristiwa datang silih berganti mewarnai kehidupan di Pesantren Daarul Qur’an.
Bagaimanakah Azzam dan Anna menyelesaikan masalah internal mereka, apalagi setelah kehadiran Aprilia, Eliana, dan Qanita? Bagaimana juga Azzam menjaga adik-adik perempuannya dan menjaga bisnisnya? Dan Akankah Azzam dan Anna berhasil menjaga keutuhan dan kewibawaan pesantren Daarul Qur`an sebagai pusat ilmu dan pusat penyejuk jiwa masyarakat? Ataukah sebaliknya di tangan Azzam pesantren justru menjadi pusat masalah bagi masyarakat?



Promo: KCB Spesial Ramadan
Untuk Sinetron ini, bagi menontonnya bolehlah cari dalam You Tube tapi banyak 'part' ler..huhu. Sinetron ini pernah disiarkan di Astro Bintang 141 bagi pek Indo. Aku takdalah melanggan pun saluran Astro di rumah dan tiada kesempatan untuk menontonnya melalui kaca televisyen. Oleh itu, aku muat turun daripada laman web yang ada hamba Allah ingin kongsikan. Jadi, dapatlah juga aku menonton sinetron kegemaran ini. :) *Untuk ketahui lebih lanjut, tanyalah pak cik Google... 


Tidak cukup di situ, KCB ini terus disambung siarannya melalui KCB Meraih Ridho Ilahi. Kali ini juga turut diperkenalkan watak-watak yang baru. Kali ini hanya memaparkan sebanyak 25 episod, namun jalan ceritanya tetap menarik dan penuh dugaan yang baru dalam kehidupan watak-watak. 
Sinopsis Sinetron Ketika Cinta Bertasbih RCTI Meraih Ridho Illahi 

Husna mengajar di kelas, tiba-tiba merasakan nyeri di dada yang hebat yang akhirnya membuat dia ambruk dan pingsan di kelas. Pesantren geger. Husna dilarikan ke RS Solo.Dari hasil pemeriksaan laborat, CT Scan jantung dan Chateteri Jantung didapatkan diagnosa penyempitan arteria jantung kanan dan kiri lebih dari 80 %. Pihak RS angkat tangan, dan memberikan rujukan ke Jakarta.
Di hari yang sama desa Wangen juga geger, Haji Samingan minggat meninggalkan rumah. Ia meninggalkan sepucuk surat pada isterinya bahwa ia pergi merantau untuk mencari uang demi menutup hutang-hutangnya. Haji Samingan pergi bersama Parmin. Bu Romlah datang ke pesantren dengan menangis, Azzam dan Mujab menyabarkan Bu Romlah dan meminta Bu Romlah tenang saja sebab Haji Samingan sudah bukan anak-anak lagi.
Azzam membawa Husna ke Jakarta, ternyata biaya pengobatan Husna sangat mahal. Dan karena rasa cinta dan sayangnya pada adiknya Azzam siap mengorbankan segala harta yang dia punya demi adiknya. Azzam kembali ke Solo untuk membawa Anna ikut serta. Di Jakarta Azzam sementara ngontrak.
Untuk sementara rencana pernikahan Husna dengan Ilyas tertunda. Ilyas harus bersabar menunggu kesembuhan Husna. Ayah dan ibu Ilyas juga meminta Ilyas untuk sabar menunggu kesembuhan Husna.
Azzam mengontrak rumah di pinggir kota Jakarta. Azzam dan Anna memulai bisnis bakso cinta di Jakarta. Husna masih harus dirawat di RS. Tak jauh dari tempat mereka mengontrak ada sebuah pesantren di pinggir ibu kota yang bernama pesantren Al Halimiyyah, mengalami kemunduran dan sedang sekarat menuju kematian. Bahkan, kini tanah pesantren terancam akan disita untuk oleh bank untuk menutup hutang-hutang pesantren dan pemimpin pesantren. Pemimpin Pesantrennya, Pak Sarju yang sudah putus asa mempertahankan pesantren. Yang menyedihkan pesantren itu akan di sita bank, dan ada orang yang siap membelinya untuk dibuat mall.
Pak Sarju memiliki tiga anak yang masih kecil, dan istrinya sedang sakit parah karena mengidap kanker ganas. Hutang-hutang pesantren menumpuk karena digunakan oleh Pak Sarju untuk mengusahakan pengobatan istrinya tersebut. Baik pengobatan medis maupun pengobatan paranormal. Di sinilah Pak Sarju banyak tertipu.
Salah seorang pengurus pesantren bernama Jamal, datang menemui Azzam minta bantuan. Ternyata Jamal dahulu pernah belajar di Daarul Qur'an, Wangen. Jamal meminta sebaiknya pesantren itu diambil alih oleh Azzam saja. Jamal merasa sangat "eman-eman" kalau sampai pesantren itu dijual Pak Sarju dan akhirnya dijadikan mall. Jamal mengatakan sesungguhnya pesantren itu sangat strategis untuk dijadikan pesantren mahasiswa. Sebenarnya Jamal sudah memberi masukan kepada Pak Sarju tapi Pak Sarju tidak mau mendengarkan masukannya, termasuk kegemarannya mendatangi paranormal.
Azzam bingung antara menyelamatkan pesantren, membiayai Husna, dan mengembangkan bisnisnya. Setelah musyawarah dengan Anna dan Mujab, Azzam tergerak untuk menghidupkan pesantren itu kembali, meskipun ia benar-benar harus memutar otak karena jumlah finansial yang ia punya tidak mencukupi untuk itu semua.
Azzam ke Jakarta, dan mendapat keterangan dari banyak orang di sekitar pesantren ternyata memang Pak Sarju sudah agak parah "cacatnya" dan kurang dipercaya masyarakat. Dan sebenarnya Pak Sarju bukanlah anak pendiri pesantren itu. Pendiri pesantren itu adalah Kyai Halim almarhum, hanya memiliki satu anak laki-laki tapi tidak bisa ilmu agama dan sudah lama tidak menyentuh pesantren itu. Pak Sarju adalah cucu orang yang mewakafkan tanah di mana pesantren itu didirikan. Masalahnya sertifikatnya belum menjadi sertifikat wakaf masih hak pribadi orang tua Pak Sarju. Dan Pak Sarju ingin menjualnya, masyarakat sudah mengingatkan Pak Sarju tetapi Pak Sarju tidak mau mendengarkannya. Dan sebenarnya masyarakat tidak kurang olehnya membantu, tetapi semuanya seakan sia-sia. Karena uluran tangan masyarakat selalu dilarikan ke paranormal/dukun. Seorang tokoh masyarakat menyarankan kalau memang bisa dibeli tanah dan pesantren itu oleh Azzam akan sangat baik. Masyarakat sebenarnya sudah rindu suasana pesantren seperti dulu hidup lagi.
Setelah berhadapan dengan urusan cukup pelik, akhirnya pesantren itu dijual kepada Azzam. Masalahnya justru ada pada Azzam, menjelang hari H pembayaran jumlah financial Azzam baru sepersepuluhnya dari harga yang disepakati. Untuk itu Azzam harus mencari pinjaman, dan Furqan bisa meminjami uang kepada Azzam tetapi masih kurang. Jamal mengenalkan Azzam dengan Cahyani, seorang mahasiswi aktivis. Dan Cahyani membantu mencarikan dana untuk Azzam, sehingga Azzam bisa membeli pesantren itu.
Azzam akhirnya merasa harus total menghidupkan pesantren di pinggir Jakarta itu sekaligus membuka bisnis di ibu kota. Azzam memutuskan membawa Anna ke ibu kota, Daarul Qur'an sementara dipegang oleh Mujab.
Ternyata Azzam mendapat tantangan yang tidak ringan, terutama ia direcoki Pak Handoko dan orang-orangnya yang sangat tidak suka kepada Azzam yang membuat Pak Handoko gagal membuat Mall.
Azzam pelan-pelan berhasil menghidupkan pesantren. Azzam mengganti nama pesantren itu yang asalnya bernama Al Halimiyyah menjadi Pesantren Daarul Hikmah. Jamal mempromosikan siapa Azzam dan Anna sehingga mendapat tempat di hati masyarakat. Azzam menjadikan pesantren itu sebagai pesantren mahasiswa yang sering mengadakan tema-tema kajian yang diminati anak muda. Masjid pesantren itu juga mulai makmur kembali. Di antara orang yang mendukung Azzam adalah Pak Syawal, orangnya suka asal ngomong dan asal nyeplos, cenderung lucu, tetapi hatinya baik.
Meskipun demikian tantangan dan gangguan terus datang silih berganti. Dengan kesabaran dan ketelatenan Azzam bisa mengatasi masalah demi masalah yang menderanya. Termasuk masalah yang ditimbulkan oleh Haji Samingan yang terdampar tak jauh dari tempat Azzam tinggal. Juga masalah keguguran kandungan Anna.
Pesantren yang ditangani Azzam semakin harum namanya. Yang jadi santri tidak hanya kalangan menengah ke bawah bahkan ada kalangan menengah ke atas. Salah seorang santriwati yang aktif jadi santri dan pengurus bernama Dewi dan dia diam-diam jatuh hati pada Ilyas yang mengajar di pesantren mahasiswa.
Husna sendiri tahu diri, ia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Ilyas, apakah mau menunggunya sembuh ataukah mau menikah dengan gadis lain. Adapun Azzam meminta kepada Ilyas agar berkenan menunggu Husna sembuh bahkan menguatkan Husna.
Ketika Ilyas pergi, Husna tahu. Husna jatuh sakit jantungnya kambuh. Seorang dokter muda yang selama ini menangani Husna yaitu Dokter Fajar Irawan menolong Husna di saat kritis. Dia membawa Husna ke Singapura. Dokter Fajar diam-diam jatuh hati pada Husna. Dokter muda itulah yang membantu penyelamatan nyawa Husna dengan dirawat di Singapura.
Saat Husna harus di rawat ke Singapura, Ilyas mendapat panggilan dari kampusnya di India. Akhirnya Ilyas ke India. Itu membuat Husna sedikit kecewa, sebab saat ia sehat kembali Ilyas justru ada di India.
Setelah cukup sehat Husna kembali aktif berkegiatan dan bahkan dia membidani lahirnya radio JPMI di Jakarta. Husna juga kembali menerbitkan karya. Lewat Azzam, Husna menanyakan kepada Ilyas apakah bisa segera pulang. Ilyas menjawab tidak bisa saat itu. Kalau menikah saat itu maka Husna yang harus ke India. Azzam tidak mengijinkan, ia khawatir dengan kesehatan Husna.
Masalah muncul ketika tiba-tiba saat Husna siaran ia didatangi perempuan muda bernama Astrid yang mendamprat Husna. Perempuan itu mengaku sepupu Fajar dan pacar lama Fajar. Ia baru pulang dari Prancis. Husna tidak pernah meladeni Astrid. Yang gemes justru orang lain seperti Cahyani. Tetapi Astrid terus mengganggu Husna.
Di Solo, Lia dilamar oleh Ronal. Lia menyampaikan kepada Azzam. Azzam sebenarnya setuju, tetapi Husna keberatan. Husna merasa Lia bisa mendapatkan yang lebih baik dari Ronal. Azzam meminta pendapat Mujab sebagai orang yang membimbing Ronal. Mujab menyampaikan rekomendasinya. Husna tetap keberatan karena Ronal pernah menghamili gadis lain. Lia sendiri bisa menerima keadaan Ronal, tetapi Azzam meminta agar Lia bersabar sampai Husna bisa lebih lega, Husna perlu dijaga perasaannya agar penyakitnya tidak kambuh.
Di saat seperti itu Qanita meninggal dunia, sehingga Furqan jadi duda lagi. Azzam dan Anna mencoba menjodohkan Furqan dengan Cahyani. Anna tahu diam-diam gadis itu suka pada Furqan. Akan tetapi orang tua Cahyani tidak menyetujuinya karena mereka inginnya Cahyani menikah dengan anak seorang teman baik mereka, yaitu Dokter Fajar.
Rumah tangga Azzam tidak sepi dari masalah. Kali ini masalah timbul lagi justru ketika Anna diminta jadi dosen tamu di sebuah perguruan tinggi dan Azzam mengijinkan. Di antara mahasiswa Anna ada yang baru masuk bernama Agung, dan dia jatuh hati pada Anna sampai Agung sakit. Bagaimanakah kisah selanjutnya, saksikan di sinetron KCB Edisi Spesial.




Promo: KCB Meraih Ridho Ilahi

Setelah dua musim sinetron KCB ini dilihat dapat membawa gelombangnya tersendiri, pada tahun 2011 pula, iaitu tahun ini, sinetron KCB ini diteruskan sambungannya melalui KCB Dari Sujud Ke Sujud (DSKS). DSKS ini rentetan daripada sinetron KCB Meraih Ridho Ilahi. Ternyata, jalan ceritanya terus berkembang dengan watak-watak yang baru. DSKS ini sekarang sedang bersiaran di saluran Astro Binatang 141 sebanyak 35 episod. Jadi, aku sendiri pun tidak berpeluang lagi untuk menontonnya, yang ada cuma dalam You Tube.  huhu..

Sinopsis Dari Sujud Ke Sujud:
Pesantren Daarul Qur'an kedatangan wanita cantik yang berwajah pucat ketakutan. Ia adalah SHOFIA yang mengadukan permasalahannya pada AZZAM dan ANNA, karena ia telah dinikahkan dengan SYAMSUN NIAM tanpa sepengetahuannya. Shofia merasa dizalimi, Akad nikah telah dilangsungkan tanpa persetujuan darinya. Ia menolak akad nikah itu. Ia tidak suka dengan Niam. Shofia meminta perlindungan pada pesantren dan ingin tinggal di sana.

Sementara itu, kehidupan pernikahan ust. ILYAS dan HUSNA mengalami cobaan. Kondisi Husna masih sedikit lemah karena penyakit jantungnya. Walaupun itu tidak menghentikannya untuk terus berkarya. Keuangan mereka pun semakin menipis. Saat didera kegalauan, ust. Ilyas menolong dr. VIVI yang terkapar dan terluka di jalan raya. Dr. Vivi memohon agar ust. Ilyas tidak memberitahukan keluarganya, karena ia sangat malu akan kenyataab bahwa ia telah dinodai oleh NIKO, yang tidak lain adalah pacar Shofia. Ilyas tidak bisa menceritakan pengalamannya kepada Husna, dengan berat hati ia pun mencoba tetap memegang amanat dr. Vivi. Sikap ust. Ilyas membuat Husna tidak percaya diri, ia merasa dirinya tidak bisa membahagiakan Ilyas.
Sementara itu, Azzam dan Anna pun memiliki permasalahan sendiri. Mereka yang harusnya akan segera menimang anak harus mengalami kenyataan pahit, karena anak pertama mereka meninggal tidak lama setelah dilahirkan. Walaupun kecewa, Anna dan Azzam berusaha tegar dan menerima cobaan itu dengan lapang hati. Mereka tetap ingin menjadi suri tauladan di lingkungan pesantren.
Bagaimanakah kelanjutan kisah kehidupan di Pesantren Daarul Qur'an ?
Apakah kehadiran Shofia dan dr. Vivi di lingkungan pesantren akan membawa permasalahan besar bagi ketenangan Pesantren Daarul Qur'an.
Promo Dari Sujud Ke Sujud

Watak-watak:







Puisi: Episod Duka

Hari ini pasti ditinggal pergi,
Masih terulit mimpi duniawi,
Ingin lari dari sebarang dosa,
Agar cinta-Nya tetap bertamu...

Diri lemah tiada berdaya,
Disalut hampa dan kecewa,
Duka semalam masih tersisa,
Terasa makin merajai jiwa...

Cuba diri mengerti syukur,
Moga tidak nanti tersungkur,
Bangkit meraih satu cinta,
Demi Tuhan yang Maha Esa...

Sesekali rasa sepinya hati,
Bila asyik ditinggal pergi,
Tetap bermohon dari Ilahi,
Harap cinta-Nya selalu bersemi...

Wujud kekuatan dalam diri,
Lahir dari tabahnya hati,
Tiada kata berputus asa,
Dalam hadapi segala kecewa...

Satu episod duka lara,
Ujian dalam pentas hidup,
Walau sedih tidak mengapa,
Kerna ALLAH penentu segalanya...

Isnin, 14 November 2011

Puisi: Kau Jua Muslimah

Assalamualaikum...
Seperti biasa, setiap puisi yang dicipta sememangnya ada sebabnya bukan semata-mata ilham yang datang... Ilham itu datang setelah ada sesuatu peristiwa, atau apa yang kita perhatikan di sekeliling kita. Puisi kali ini dicipta untuk seorang kawan yang aku lihat dirinya sedang ke arah kebaikan, namun masih dalam dilema dan mungkin sedang berusaha. Dia tetap seorang muslimah kerana agamanya ISLAM, namun rugi andainya dibiarkan diri itu tetap dalam keadaan yang sama sedangkan ada teman yang ingin membantunya. Jangan fikirkan kehidupan yang sebelum ini, namun cuba renungi apa yang akan terjadi pada masa depan. Biarkan orang mengata asalkan tetap terus berubah ke arah kebaikan... Aku pernah mintanya berjanji, namun andai susah, biarlah ia menjadi sebuah harapan. Semoga dirimu berjaya berubah...Amiin...:)


Soalan sesekali bertandang,
Bilakah detik masanya,
Bisa saluti cahaya-Nya,
Menerangi segenap ruang
hatimu selamanya...

Kuharap sebuah janji,
Namun hanyalah pengharapan,
Tuk kau terus mencuba,
Tuk kau gunakan waktu,
Agar tidak memakan masa,
Kerna hidup ini sementara,
Andai nafas kian terhenti,
Pastinya kan sia-sia...

Aku sekadar pendorong,
Bukan pengubah segalanya,
Apalagi memaksa dirimu,
Andai sendiri tidak sedari,
Mungkinkah Allah kan mengubahi?
Cubalah fahami hakikat diri..

Sekelilingmu perlu diperhati,
Identiti mana yang kau contohi,
Wanita muslimah jadikan teman,
Mampu mendorong mencari tenang,
Tinggalkan malu tuk kau berubah,
Tinggalkan kekok tuk kau mencuba,
Kerna kebaikan pasti akan disuka...

Sekadar ingatan diri,
Selari dengan kehidupan ini,
Tiada salah kau digelari,
Wanita Muslimah penyeri diri,
Cuma ada yang harus perbaiki,
Agar sesuai ajaran Islami...

Nasyid FESENI UM

Assalamualaikum...

FESENI 2010:

Ambil masa 'tuk menulis kejap. Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati mengenai hiburan yang mendidik jiwa, tak lain tak bukan, iaitu NASYID. Ini berkaitan dengan pertandingan nasyid Festival Seni (FESENI), Universiti Malaya. Setiap tahun pasti akan dianjurkan FESENI bukan hanya melibatkan pertandingan nasyid tetapi pelbagai lagi seperti dikir barat, pop band, koir, dan sebagainya. 
Feseni 2010
Aku sudahpun sertai FESENI ni sewaktu 'first year' lagi di UM dan kini tahun ke-3 atau 'final year'. Pejam celik pejam celik, cepat masa berlalu. Dalam masa dua tahun lepas, aku sempat sertai pertandingan nasyid FESENI mewakili Kolej Kediaman Ketiga. Sebenarnya, aku sertai bukan kerana terpaksa atau ingin mendapatkan markah merit untuk terus kekal menetap di kolej ini tetapi kerana minat. Bukan senang hendak mencari pelajar-pelajar yang betul-betul ingin sertai. Minat tu memang ada tetapi yang ingin memberi komitmen 'tuk sertainya memang susah kerana melibatkan pengorbanan masa belajar. Tetapi tiadalah sampai melupakan pelajaran kerana  sebagai mahasiswa, kita perlu bijak membahagikan masa. Buktinya, ada yang lagi sibuk dari kita ke sana ke sini, ke hulu ke hilir, bincang sana bincang sini, dan pelbagai program lagi tetapi masih dapat tumpu dalam pelajaran dan tidak menjejaskan persediaan menghadapi peperiksaan dan keputusan ujian pun tetap 'ok'. Jelas, semuanya bergantung kepada diri kita, lagipun nasyid ini mungkin berbeza dengan yang lain, bukan hanya kerana hiburan semata-mata namun terselit usaha dakwah 'tuk semua umat manusia (Islam).
Feseni 2010
Lucu bila kenang kembali, maklumlah persediaan menghadapi pertandingan tiadalah sehebat kolej-kolej lain. Biasalah, setiap kolej mempunyai kemampuan masing-masing bukan sahaja dari segi pelajar, namun hal-hal melibatkan kewangan. Agak sedih kerana kolej yang aku tinggal ini mungkin kurang dari segi sumber kewangan walaupun terdapatnya bantuan. Tengok sahaja pada pakaian yang sudah beberapa tahun lepas tiada berubah, tetap sama sehingga menampakkan identiti kumpulan nasyid Kolej Kediaman Ketiga bila hanya tengok pada pakaian... 
Begitu juga, persediaan latihan hanya dilakukan sendirian berhad dengan bantuan senior-senior yang ada pengalaman dan sedikit ilmu 'tuk dikongsi disebabkan ketiadaan peruntukan untuk mengambil khidmat guru bagi mengajarkan apa itu 'NASYID'..... :'( 
Namun, kami tetap teruskan usaha sehinggalah aku masuk tahun kedua. Walaupun kebanyakan senior sudah tidak ingin teruskan, namun aku dan beberapa orang lagi kawan tetap meneruskan tradisi nasyid ini... :) 
Tiada apa yang dapat dikongsi lagi, melainkan gambar-gambar kenangan...
Malam Bintang Kurshiah 2010


FESENI 2011:

Begitulah kehidupan nasyid yang aku alami. Tahun lepas aku berada di tahun dua, jadi masih berpeluang sertai FESENI 2011 dalam pertandingan nasyid. Alhamdulillah, walaupun persediaannya tetap sama, namun terdapatnya sedikit peningkatan dengan pelajar-pelajar yang baru, namun seperti yang diceritakan tadi, persediaan lambat dilakukan kerana susah hendak mencari yang betul-betul dapat memberi komitmen dan betul-betul ingin sertainya. Ada yang malu-malu, ada yang kata, "Suara aku tak sedap" walaupun minat, dan macam-macam lagi... Aku cuma dapat bagitahu, sertai kerana 'AGAMA'... Akhirnya, sudah menjadi tugasku memujuk semua...huhu.. Begitu susahnya walaupun akhirnya dapat juga diteruskan...
Sehari sebelum pertandingan (2011)
Banyak rileks jer...hehehe

Feseni 2011

Feseni 2011 (Selepas Pertandingan)
Setia menonton...:)

FESENI 2012: 

Sekarang ini, tahun ketiga atau 'final year', masih berfikir banyak kali sama ada ingin sertainya atau tidak memandangkan hanya tinggal aku seorang sahaja yang nampaknya masih berminat. Baru-baru ini diminta oleh seorang rakan mungkin AJK Feseni Kolej Kediaman Ketiga sesi kali ini untuk mula mencari pelajar-pelajar yang ingin sertai nasyid. Jadi, aku tetap ingin mencuba walaupun aku mungkin tidak sertainya lagi. Bergantung kepada keadaan, sama ada ingin sertai atau tidak melihat kepada komitmen yang akan diberikan. Walaupun FESENI bermula tahun hadapan, namun kebanyakan kolej sudahpun bersiap sedia awal-awal lagi, oleh itu kolej ini bolehlah mula membuat persediaan. Latihan seminggu sekalipun mungkin sudah memadai bagi memberi pengenalan kepada semua... 
Dalam hati dilema sama ada ingin teruskan atau tidak walaupun berminat lagi... Apapun yang terjadi, semoga nasyid di Kolej Kediaman Ketiga dan seluruh UniversitiMalaya tetap diteruskan agar tidak pupus, namun berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh agama bukan hanya kerana pertandingan semata-mata dan ingin hiburkan diri juga mengaut keuntungan. Wallahu'alam bissawab.... :)


Tak tahu hamba Allah mana yang letak...huhu