Rakan...

Isnin, 24 Oktober 2011

Puisi: Indah Rembulan

Assalamualaikum...

Puisi ini pun ada ceritanya tersendiri sebelum dicipta. Pada malam 9 Oktober, 2011  (9.10.11), tarikh yang baik,  terjadinya keindahan pada bulan. Malam itu aku tidak perasaan sebenarnya walaupun berada di luar tetapi ada seorang teman yang mesej beritahu supaya tengok bulan pada malam tu. Kejadian malam tu sebenarnya fenomena "Halo Bulan",  iaitu fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais pada awan jenis sirus. Itulah sedikit sebanyak maklumat yang sempat aku cari. Walau apapun,  kejadian tu memang indah. Begitulah perihal ciptaan ALLAH S.W.T Yang Maha Indah...:) 

Indah dapat kurasakan,
Seketika hanyut dibuai lamunan,
Cahaya terbias mencipta ilham,
Buat insan cintakan Tuhan...

Seringkali keindahannya,
Menggambarkan seorang wanita,
Cukup cantik dan indah,
Itulah ciptaan Tuhan...

Unik sinarnya membelah awan,
Hargailah ia selagi bercahaya,
Semega misteri ciptaan dari-Nya,
Menjadi peringatan buat kita...

Muncul mungkin seketika,
Hanya mengikut peredaran masa,
Kerna Suria pinjamkan cahaya,
Indahkan malam yang gelita...

Indahnya sering dijadikan saksi,
Janji pasangan sehidup semati,
Namun insan tak dapat menafi,
Rembulan bukti kebesaran Ilahi...

Tingginya lukisan alam,
Tak bisa dicapai dengan angan,
Terbayang keindahan pada rembulan,
Perlukan usaha gapai impian...

Melihat keindahan sebenar,
Bukan terletak pada rembulan,
Tapi Sang Pencipta Yang Maha Indah,
Cukup sudah memberi keinsafan...





Ahad, 23 Oktober 2011

Carta Nasyeed.Com

Assalamualaikum...

    Kali ini ingin membicarakan tentang nasyid. Sebagai peminat nasyid, aku mesti akan mencari medium  mengenai info-info terkini nasyid misalnya, mengenai lagu-lagu terbaru, artis nasyid yang baru, perkembangan nasyid, dan semuanyalah tentang nasyid. Selain Nasyid Minggu Ini (RTM) dan Carta Nasyid IKIM.fm, ada satu lagi yang dipanggil Carta Nasyeed.Com. Biasalah, zaman semakin canggih dan banyak alternatif yang dapat digunakan untuk menarik ramai peminat nasyid untuk mengundi dan menyokong lagu-lagu nasyid serta artis nasyid pilihan mereka.


Sebenarnya, aku tidak tahu sangat pasal Carta Nasyeed. Com ni, huhu... Ketinggalan nampaknya di situ. Namun, bolehlah dikatakan masih baru lagi. Sekarang ni masuk undian Minggu Ke-42, 2011. Undiannya senang sahaja dengan menggunakan akaun 'Facebook'. Lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan dalam Carta Nasyeed. Com ni menggunakan lagu-lagu yang terdapat dalam 'You Tube' yang dibuat oleh artis tersebut atau mungkin peminat. Itu menjadi salah satu syarat kepada artis-artis nasyid untuk menyertai carta nasyid ini. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik... 

Sila 'LIKE' di page ini: klik Nasyeed.Com untuk mengetahui info-info mengenai nasyid. Kemudian, untuk undian pula, pergi ke page ini; klik Carta NC dan 'LIKE'. Seterusnya, pergi ke aplikasi dan akan  keluar satu halaman untuk mengundi dengan klik pada vote. Pilihlah yang mana satu menjadi pilihan anda. hehe2...Ini gambarnya...
Pergi ke Aplikasi, kemudian klik 'vote'


Kemudian, pilihlah lagu-lagu undian anda. Jangan lupa klik 'SUBMIT' untuk menghantar undian anda. Itu sahaja, teruskan menyokong hiburan mendidik jiwa... Syukran.


Sebagai tanda sokongan, buatlah gambar profile 'facebook' anda dengan disertakan button Carta NC. Untuk membuatnya klik PicBadges  . Terima Kasih..


"I LOVE NASYID"



Ku Lihat Hijau


Adakah warna lain tidak menarik dan tidak begitu penting? Sebenarnya, semua warna di dunia ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam mewarnai alam ciptaan Tuhan. Sesungguhnya, pengaruh warna terhadap manusia sangat besar dan sejumlah penelitian mengenai kajian yang dilakukan telah menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat kita seperti merasa panas, dingin, nyaman, bahagia, bahkan dapat mempengaruhi keperibadian juga kehidupan manusia.

  Begitulah sedikit sebanyak dari saya sebagai renungan buat semua sebelum menceritakan lebih lanjut mengenai warna yang menarik hati saya, iaitu hijauCuba kita bayangkan dunia ini tanpa warna, yang ada hanyalah warna hitam juga putih. Sudah tentu kita tidak sanggup untuk membuka mata kerana pandangan mata kita akan menjadi kelam dan suram, begitu juga emosi kita yang disebabkan pengaruh warna itu tadi. Cuba kita renungkan mengenai kekurangan yang ada pada diri seseorang yang menghidap buta warna. Apa yang akan kita fikir dan rasai sekiranya diri ini salah seorang dari mereka, itu tidak lagi cacat penglihatan yang sememangnya akan mengharungi lagi banyak ujian.



 Justeru, di samping kita sibuk melihat warna-warni kehidupan di dunia ini, marilah kita sama-sama menjadi seorang yang mempunyai sikap rendah diri dengan menadah tangan bersyukur kepada Allah s.w.t. yang masih memberi nikmat kurniaan mata kepada kita yang sihat untuk melihat alam ciptaan-Nya, di samping merenung kekurangan diri yang ada pada diri kita juga orang yang kurang upaya.
Semua manusia sememangnya mempunyai warna kegemaran masing-masing yang menyebabkan wujudnya pelbagai pilihan warna yang dilihat terutamanya dalam pemilihan sesuatu yang diperlukan dan menjadi kehendak dalam kehidupan manusia seperti warna pakaian, rumah kediaman, kereta, dan sebagainya. 

Berbalik kepada keistimewaan warna hijaupara pakar mengatakan bahawa warna yang mampu membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup adalah warna hijau. Oleh kerana itu, warna yang utama dan sesuai untuk bilik atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah, dan pakaian pesakit adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akan dikemukakan di sini bahawa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London, di kawasan Black Fryer yang terkenal dengan "kawasan bunuh diri" kerana majoriti kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan itu. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Dengan hal ini, ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga dapat menjadikan pandangan mata nyaman.(Sumber:Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim).

Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, dan ketenangan jiwa. 
Antaranya:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat, dan telapak tangannya menyangga
kepala) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah"
(Q.S. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci"
(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau
dan sutra tebal" (Q.S. Al-Kahf: 31)

Jelas menunjukkan bahawa warna hijau dapatlah dijadikan sebagai salah satu warna kegemaran kita. Itu sahaja, terima kasih…he3.. 
Halwa Telinga: Hijau-Zainal Abidin




Sabtu, 22 Oktober 2011

Puisi: Kau Solehah

Assalamualaikum...
Puisi ini dicipta untuk seseorang yang pernah muncul dalam hidup ini. Semoga dirinya tetap berada dalam keimanan dan kehormatan dirinya sentiasa terpelihara. Amiin...:)



Bila kau hadir dalam takdirku,
Tak berdaya menafikannya,
Pertemuan sudahpun bertaut,
Terlihat sinar di wajahmu…

Tenang hatiku tenang,
Sejuk bila memandangmu,
Bukan kerana nafsu meronta,
Tapi pandangan yang menginsafkan…

Walaupun ku tidak bisa melihat,
Ketulusan hati yang tersembunyi,
Namun kutahu kau punyai hati,
Sentiasa mengharap redha Ilahi…

Malu diriku menatap dirimu,
Kerana kehormatanmu terpelihara,
Takut untukku mencemari kesucian,
Kau tutup tubuhmu dengan kebaikan…

Indah kata bukan kerana suara,
Bukan jua kerana bijak berbahasa,
Bicara dan hujahmu pada kebenaran,
Kejahilan diriku mulai dilunturkan…

Kemesraan tidaklah dibanggakan,
Kehormatan bergaul lebih diutamakan,
Terkadang segan untukku berteman,
Kerana kau tahu larangan Tuhan…

Perihal dirimu buatku berfikir,
Sebagai Adam mampukah aku,
Menasihati dirimu dalam kebaikan,
Meluruskan bengkok rusukmu itu…

Sebaliknya aku yang selalu berharap,
Menobatkan dirimu menjadi sayap kiriku,
Membantuku menuju jalan-Nya,
Agar imanku terus meningkat…

Kiranya kau tahu di dalam hatiku,
Tersimpan sebuah harapan,
Mungkin tak bisa tuk meneruskan,
Kerna kutahu kau solehah…

Semoga dirimu dalam ketakwaan,
Haruman dirimu wangian iman,
Akhlakmu tersemai benih mahmudah,
Sentiasa dirimu digelar kau solehah…





Guru Tadika...


I just received an interesting email from a friend. Let's feast our eyes reading it....

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya
Tuhan dan dia pun berfikir bagaimana hendak 
brain wash
kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya
Tuhan. Dia pun mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni?
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak2 : Ada cikgu.


Kemudian, guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket
dia, kemudian bertanya lagi...

Guru tadika : Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?
Anak2 : takda cikgu.

Guru tadika: Anak2 nmpk Tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?
Anak2 : takda cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia hendak brain wash otak budak2 itu berjaya. Tetapi dalam kalangan budak2 itu, ada seorang yang pintar dan dia pun mengangkat tangan...

Bdk A : Cikgu boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak?
Kwn2 : nampak.

Bdk A : cikgu ada! kan?
Kwn2 : ada.

Bdk A : kwn2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.

Bdk A: cikgu ada otak tak?
Kwn2 : tak ada.

Moral of the story, love Islam with amar ma'ruf nahi mungkar, if we don't defend Islam, then who else do we expect? Wallahu a’lam..

Puisi: Hati Kasih Ilahi


Setiap insan miliki hati,
Hati kasih pada yang Satu,
Satu itu hanya Dia,
Dia  Maha Pengasih Maha Penyayang…

Anugerah buat insan,
Insan punyai perasaan,
Perasaan kasih dan sayang,
Sayang terbit dari hati,
Hati yang kasih pada Ilahi…

Kasih Ilahi kasih insani,
Insan kasih kepada Kekasih,
Kekasih Allah cinta diberi,
Beri selawat serta salam,
Salam dihulur untuk kesejahteraan…

Hati bersih lagi suci,
Suci terserlah kerana Dia,
Dia  Allah dekatnya di hati,
Hati syukuri insafi diri,
Diri tenang wujud harmoni…

Taman hati disuburi,
Subur dengan baja keimanan,
Iman mekar harum mewangi,
Wangi semerbak selubungi hati,
Hati terpaut mengejar syurgawi…


Tentang Aku...

♥ Salah sebuah kumpulan yang muncul dalam arena nasyid ialah DeHearty. Dibaca 'Di Hati', DeHearty, atau Hearty diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud; bersungguh-sungguh, tulus ikhlas, dan mesra. Cuma 'De' ditambah di pangkal agar mudah disebut. Disebabkan minat dalam bidang nasyid, dari situlah dijadikan e-mel jiehearty89@yahoo.com, jiehearty89@gmail.com, atau jiehearty@gmail.com dan Facebook pula Jie Hearty disebabkan maknanya itu, serta berusaha dalam menjaga hati agar memiliki hati yang baik ataupun Hafizie = Jie, Hear= Dengar, Hearty = Hati yang bererti Dengarlah Hatiku...Insya'Allah... ♥


Gambar-gambar kumpulan DeHearty

Sekian, Terima Kasih...