Rakan...

Selasa, 12 Jun 2012

Sebuah Cinta

Assalamu'alaikum....
                            
  Sebuah cinta ni bukan nak cerita pasal kisah cinta hidupku... tapi pasal sebuah lagu nasyid yang sangat best dan bawa erti yang tersirat. hehe... 
Ok, lagu ni dicipta sendiri sepenuhnya oleh seorang komposer muda dan juga salah seorang penyanyi nasyid dari kumpulan Devotees. Beliau ialah saudara Abd Halim bin Ahmad yang juga merupakan pengurus syarikat Neurotic Studio yang kini giat dalam menghasilkan produk-produk beridentitikan nasyid, seperti album mini, penciptaan lagu, poster nasyid, kulit album, laman web, dan sebagainya. 
Secara peribadi, aku turut kagum dengan beliau kerana sebagai anak Melayu beragama Islam, bersemangat dalam memperjuangkan nasyid. 
Alhamdulillah, moga beliau terus berjaya dalam perjuangan ini. 

"Sebuah Cinta" ni tajuk lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan HILWAN dalam album terbaru mereka iaitu, tengok preview yer kat bawah ni, tapi album mereka rasanya belum keluar lagi, masih dalam proses. Ternanti-nanti...huhu

Hilwan-Tak Jemu Menyayangiku
HILWAN merupakan kumpulan nasyid baru
 yang terdiri daripada 4 orang bekas pelajar Ma'ahad Muhammadi (L) Kota Bharu, Kelantan,
 iaitu Harith, Amir, Ahmad, dan Umair. Tahun 2011 menyaksikan kelahiran album sulung mereka yang berjudul 
Tak Jemu Menyayangiku terbitan Neurotic Studio dengan kerjasama Aman Studio. 
Album ini memuatkan 7 buah lagu termasuk 1 lagu dalam versi akustik & 1 minus one.

Lagu dalam album ni, aku hanya ada satu, iaitu Sahabat Dengarkan kerana lagu ni telahpun dimuatkan dalam album kompilasi Nasyid Indie vol.2 - Nasyeed Semesta. 

Mengenai lagu Sebuah Cinta, kisahnya yang difahamiku adalah mengenai fitrah rasa cinta yang dimiliki oleh seseorang yang mungkin belum mampu atau bersedia disebabkan hadirnya rasa itu pada masa yang tidak sesuai, misalnya sewaktu masing-masing masih menuntut ilmu. 
Namun, perasaan itu tidak dapat diluahkan kerana masih belum mampu, takut terleka atau lalai dari cinta Ilahi. Jika ikutkan nafsu, ingin diluahkan terus tetapi semua itu tak mampu kerana ingin menjaga hati dan kesucian cinta walaupun perasaan itu kadangkala menyeksakan diri. 
Walau bagaimanapun, sebagai hamba Allah beriman, perasaan itu sememangnya dapat dikawal dengan kesabaran hati dan mungkin hanya diluahkan seandainya Allah telah tetapkan masa yang sesuai. Semua perasaan yang hadir itu adalah ujian dalam meniti hidup di dunia ini. Walaupun ia anugerah dari Allah, namun kita perlu mengawalnya agar cinta yang hadir nanti bukan cinta yang sia-sia. 
Mengenai perasaan yang hadir dari hati ini, hanya Allah Maha Mengetahui. Justeru, semuanya diserahkan pada Pencipta kita, iaitu ALLAH s.w.t. Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu sentiasa berdoa dan berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik setiap masa. Insya'Allah, urusan mengenai jodoh dan takdir ini pasti akan menemui jalan penyelesaiannya, pasti akan hadir seseorang yang sesuai buat kita, hadirnya anugerah dari Allah pada masa yang betul-betul sesuai dan bersedia. Wallahu'alam. 

Ok, lagunya dari Hilwan masih belum ada tetapi entah dari mana terjumpa lagu yang dinyanyikan sendiri oleh komposernya, iaitu Abd Halim Ahmad @ Halim. Aku sempat buat video, harap maaflah andai ada kekurangan..huhu.. Moga bermanfaat.
 Dengarkan "Sebuah Cinta (versi akustik) - Hilwan feat. Halim Ahmad..."



Bukan aku berdusta
Menyembunyikan segala rasa
Malah terlalu ingin kunyatakan
Untuk kau tahu apa yang tersimpan

Semua yang lama kupendam
Jauh di sudut hati tertanam
Perasaan yang kian menyeksakan

Tak mampu untuk kuluahkan
Kerna bukan masanya untuk kau dengarkan
Masih ada yang perlu difikirkan
Sebelum termeterai sebuah ikatan

Allahu rabbi
Ya malikal qalbi
Ya syafi’annafsi
Inni arju ilaika

Duhai Kasih
Pemilik hati ini
Penyembuh lara jiwa
Kuserahkan padaMu segala

Ahad, 13 Mei 2012

Puisi: Simpulan Hati & Sketsa Cinta

Assalamu'alaikum... 
                             Kedua-dua puisi ini dicipta oleh seorang sahabat yang juga merupakan ustaz yang banyak membantu diriku ke arah kebaikan. Syukur dapat dipertemukan dengan beliau kerana sepanjang perkenalan, pasti ada ilmu yang dapat kuketahui kerana perkongsian ikhlasnya untuk membantu sahabat-sahabat. Beliau menuntut dalam bidang pengajian bahasa Arab, di Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya. Sebelum ni tinggal sama kolej tapi sekarang ni menetap kat sebuah rumah di luar berdekatan kawasan U.M. Beliau tetap meneruskan perkongsian ilmu di kolej ini. :)


 "Simpulan Hati"
                     
Bila hati tersimpul padu
Tersemat mesra satu ukhuwah
Terjalin kasih dan bahagia
Rasa bersaudara

Hati kejam tak punya rasa
Jiwa kelam hidup tak ceria
Tersisih kasih dari manusia
Tiada untungnya

Kita sama sahaja
Tiada beza antara kita
Jiwa iman dan taqwa
Hati nurani itu ukurannya

Kita saling menghargai
Budi mulia indahnya hati
Jasamu takkan kulupa
Tetap terpateri kekal abadi

Nur cahaya (di sana)
Menerangi alam maya
Aku di sini menyelami hati
Menghalusi jiwa dan sanubari
Semulajadi

"Sketsa Cinta"

Kutanya cinta pada nada bayu
Nyanyiannya semerdu buluh perindu
Pada tangisan ombak yang menderu
Angin yang bertiup syahdu
Pada lukisan awan vanilla
Burung-burung bertasbih di atas gunung
Pada tangisan cinta yang luka
Titisan hujan ikut berkabung
Terbuai ikut rasa hati
Yang tak peduli,
menyepi sendiri
Terpaksa menempah derhaka
Menghangus tuai di musim semi
Di mana cinta yang dipinta
Jika tiadalah berkorban segala
Di mana rasa bahagia
Jika tiadanya jujur di jiwa
Kalam-kalam cinta
Penuh berbisa dalam warna-warni dusta
Jangan diungkapkan ia
Andainya hati tidak bersedia

Jumaat, 27 April 2012

Puisi: Muslimah Itu...

Assalamu'alaikum... 

Kali ni juga hanya sebuah puisi ciptaanku. Puisi ini dicipta buat seorang kenalan yang aku hanya kenal memalui laman "facebook". Muslimah itu sedikit sebanyak hadir memberi petunjuk, pendapat, nasihat, dan sebagainya yang amat berguna dan bermakna. Namun, muslimah itu tetap menjaga batas-batas dalam perhubungan. Kukenali muslimah itu sebagai seorang yang menjaga agama, sentiasa menutup aurat juga berniqab, dan sentiasa ke arah kebaikan. Moga dirinya sentiasa istiqamah dalam menuju cinta-Nya. Amiin..


                              

Ahad, 22 April 2012

Ikhlas ♥ Hati ♥

Assalamua'laikum....

                   Bulan ni tak sempat nak update blog. Hurm, sibuk dengan urusan dan hal peribadi. Namun, sempat juga ingin kongsikan salah satu hobi lama yang jadi baru. Camne tu? hehe... Sebenarnya, seperti biasa hobi buat video la tapi sambungan video islamik yang pernah dibuat iaitu, "Hijrah Hati". Sebelum ni buat untuk pertandingan, kali ni buat tuk' hiburan, tuk' dakwah, dan insya'Allah niat untuk kebaikan. Tajuk yang dipilih ialah "Ikhlas Hati".
                  Ikhlas Hati menceritakan tentang seseorang yang melakukan segala amal kebaikan dalam hidup, misalnya rajin solat, puasa, qiamullail, menghadiri majlis ilmu, pergi masjid, bersedekah, dan sebagainya. Namun, semua amalan kebaikan itu dirasakan tidak memberi kesan ketenangan kepada dirinya sedangkan sudah berjaya melakukannya. Berbeza dengan temannya yang sama-sama melakukan amal kebaikan tetapi tetap tenang dan keimanannya semakin meningkat dan teguh.
           Kisahnya bersambung dengan hadirnya teman yang memberi sokongan dan menjelaskan semuanya tentang salah satu perkara utama dalam beramal. Semua amal kebaikan diibaratkan dengan setiap butir pasir pantai yang sememangnya banyak dan tak terkira bilangannya. Namun, amalan kita itu jika tidak disertakan dengan senjata ini, maka akan hilang laksana debu-debu atau pepasir pantai yang jatuh berterbangan... 
               Senjata itu adalah "IKHLAS". Mudah menyebut, mengeja, dan menulis, namun tuk' ikhlaskan diri memang susah. Walaupun begitu, kita sebagai hamba perlu bersyukur dan sentiasa berusaha untuk memudahkan segala urusan kebaikan, misalnya ikhlas dalam segala amalan. Semoga video ini dapat memberi manfaat yang berguna. 
Sekian, terima kasih. :)




Ahad, 1 April 2012

Puisi: Hijrah Hati

Assalamua'laikum... 
                              Puisi ini dicipta hasil daripada ilham tuk' buat video hijrah hati. Semuanya berkisarkan perihal yang sama seperti dalam video tersebut. Kali ni, telahku edit siap-siap dan boleh la dikongsikan kepada semua. :)


Selasa, 20 Mac 2012

3rd Voice Nasyid

Assalamualaikum....


                  3rd Voice merupakan nama kumpulan nasyid yang aku tubuhkan hanya sementara, sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) di kolejku seperti yang pernah diceritakan dalam penulisan lepas. Nama kumpulan ini diilhamkan berdasarkan nama kolejku, iaitu Kolej Kediaman Ke-3, maknanya lebih kurang "suara pelajar dari kolej kediaman ketiga" hehe. Kumpulan ini hanya membuat persembahan pada malam penutup atau majlis perasmian MPI. Kami terdiri daripada 5 orang ahli yang semuanya merupakan pelajar kolej ini dan juga peserta nasyid bagi Festival Seni (FESENI) 2012, Universiti Malaya. Oleh itu, sambil membuat latihan untuk FESENI, kami ambil sedikit masa untuk latihan bagi persembahan MPI. 

    Dari Kiri : Farhan, Isa, Jie (Aku), Shahir, Lukman.

                   Tengok pada gambar tersebut, akulah yang paling rendah tapi aku juga yang paling tua sebab Shahir berada dalam tahun dua, yang lain baru tahun pertama, dan aku pula berada dalam tahun tiga atau tahun akhir. Walau bagaimanapun, aku tetap bersemangat tuk' berjuang tidak kiralah apa orang nak kata yang penting, nasyid tetap bawa kebaikan dan ketenangan padaku dan juga orang lain. Insya'Allah. Niat di hati inginku teruskan perjuangan ini bukan hanya sementara tapi mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa ahli-ahli atau teman yang sesuai dan betul-betul bersemangat sama seperti aku. Aku memang pencinta nasyid walaupun tidak diketengahkan atau tidak menjadikan diri popular, namun sememangnya sudah takdir atau ketentuan bahawa jiwaku cenderung ke arah hiburan seumpama ini. 
             Sebenarnya, ingin sekali aku terlibat sama dalam apa jua aktiviti yang melibatkan nasyid, namun bukan kerana tidak minat tapi disebabkan ketidakmampuan aku. Misalnya, aku di sini tidak begitu biasa dan tiada kenderaan, di samping tidak begitu tahu tempat-tempat untuk kutujui. Kalau tiada kawan yang bawa aku, sudah tentu aku hanya sekadar minat dan mencintai dari jauh sedangkan peluang tu sentiasa ada. Namun, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyertai persembahan dan pertandingan. Nak cari yang betul-betul boleh bagi komitmen bukan senang, kadang-kadang perlukan paksaan. Lagipun, kawan-kawan yang aku kenal tidak semuanya sama macam aku, sudah tentu susah bagiku untuk terlibat sama.




Begitulah sedikit sebanyak ceritaku mengenai perjuangan nasyid. Harapanku sekarang ingin sekali menubuhkan satu kumpulan nasyid yang semestinya akulah juga salah seorang ahlinya. Nama yang aku ingin komersialkan ialah "Nur Heart". :) Semuanya ketentuan Ilahi dan hanya kepada-Nyalah diri ini berserah. Terima kasih kepada semua yang selama ini terus memberi sokongan dan semangat. :) 
"I LOVE NASYID"

Sabtu, 17 Mac 2012

Nasyid FESENI 2012, Universiti Malaya.

Assalamualaikum... 



Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan nasyid Festival Seni (FESENI) bagi tahun 2012. Maka, berakhirlah sudah pertandingan ini buat diriku yang sedang berada dalam semester terakhir di Universiti Malaya. Pejam celik, pejam celik, pantas masa berlalu. Teringat kembali sewaktu tahun pertama dalam suka duka untuk pertama kali menyertai pertandingan nasyid. Semua itu sudah berlalu pergi dan insya'Allah akan sentiasa segar dalam sanubari. Jika adanya pertemuan, pastinya akan ada perpisahan.huhu... Sedih rasanya, namun hidup dan perjuangan mesti diteruskan. Kalau ada lagi pertandingan seumpama ini selepas aku keluar dari universiti, dan jika ada peluang, aku tetap akan teruskan. 


Nasyid bukan semata-mata kerana hiburan atau juga minat tetapi sebagai salah satu hiburan yang mendidik jiwa yang dapat membawa mesej kebaikan. 
Aku tetap bersyukur kerana berpeluang untuk menyampaikan hiburan yang bermakna ini. Tiada apa yang kuingin dan kuharapkan, hanyalah doa agar bisaku sentiasa bersemangat dan tabah dalam meneruskan perjuangan nasyid, walaupun tidak menjadi penulis lirik nasyid, tidak menjadi salah seorang munsyid tetapi aku tetap akan menjadi pencinta nasyid.... :) 
Rasanya sampai di sini sahajalah untuk kali ini, semoga hiburan nasyid tetap menjadi pilihan utama dalam hati kalian. Syukran.