"Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh tubuh itu. Dan sekiranya ia tidak baik, tidak baiklah seluruh tubuh itu. Itulah HATI"[H.R.Bukhari & Muslim].
H-Harapan,
A-Agama(Akidah),
T-Takwa,
I-Ilmu,
= HATI
SaLaM... Kumpulan SIGMA (Senandung Islam Gapai Maghfirah Allah) merupakan kumpulan nasyid dari seberang yang popular dengan lagu Istikharah Cinta. Kini, mereka kembali dengan single terbaru, iaitu Kupu-Kupu Cinta yang akan dimuatkan dalam album terbaru mereka. Alhamdulillah, mereka memberi keizinan kepada semua peminat nasyid untuk 'mendownload' lagu tersebut secara percuma walaupun album mereka masih dalam pembikinan. Justeru, video ini dibuat untuk tatapan dan perkongsian buat semua. Dengarkan lagu nasyid terbaru dari SIGMA Nasheed (Indonesia).
Pertemuan ini menjadi suatu berarti Di kala diri menepi untuk warna-warna hati Ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa Syair-syair cinta tercipta karna Dia Kupu-kupu cinta Terbanglah tinggi menuju jalan-Nya Hinggaplah engkau di bunga yang indah Terbang bersama hembus angin cinta
Ya Ilahi Robbi Tiada lain hanyalah nama-Mu Satukan cinta ini dalam bingkai Untaian ridho-Mu
Pertemuan ini menjadi suatu berarti Di kala diri menepi untuk warna-warna hati
“Bersolatlah
kamu sebagaimana dikau melihat aku bersolat”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595)
Assalamu’alaikum…
Tatkala
tergeraknya hati untuk mengisi masa lapang, ingin berkongsilah sedikit sebanyak
mengenai sebuah buku yang mengisi ruang almari di rumahku. Buku ini sudah lama
dimililiki kerana diperkenalkan oleh seorang kenalan suatu ketika dahulu. Pada
waktu itu, sebenarnya masyarakat kita sibuk mengenai isu ajaran sesat dan
sebagainya yang tidak dapat lari juga dari dikaitkan dengan menggerakkan jari
telunjuk dalam Solat. Persoalan ini seringkali kedengaran, tidak pernah lekang
rasanya dari bicara masyarakat Arab mahupun masyarakat kita sendiri. Buku ini bertajuk
“Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk Dalam
Solat” oleh Allamah Syeikh Dr Hassan
Ali al-Saqqaf al Quraisyi al Hasyimi dan diterjemahkan oleh Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari.
Sila Lawati : www.al-ghari.blogspot.com
Bila
sudah memiliki, timbullah rasa ingin ketahui dan mendalami kerana diri ini
sememangnya masih ada kekurangan diri lebih-lebih lagi dalam mencari ilmu
ILAHI. Oleh itu, terdetiklah hati untuk membacanya. Memang agak sukar sedikit untuk
memahami kerana buku ini lebih kepada menjelaskan dalil-dalil dan jawapan
kepada persoalan yang dijadikan rujukan bagi memenuhi 37 halaman. Apa yang dapat dikongsikan, buku ini ditulis
dan diterjemahkan bagi mengatasi masalah kekeliruan yang berlaku dalam solat.
Ia membicarakan tentang permasalahan menggerakkan jari telunjuk ketika
bertahiyyat di dalam solat.
PERSOALAN
:
Persoalan mereka, adakah
menggerakkan jari secara terus menerus itu disunatkan (sebagaimana dakwaan
sesetengah pihak yang mengaku sebagai ahli ilmu) atau ianya dimakruhkan?.
Adakah solat itu terbatal atau sebaliknya?.. Ada juga tidak segan silu
menganggap orang yang tidak menggerakkan
jari telunjuk secara berterusan itu sebagai tidak menepati sunnah. Lalu menuduh bid’ah sesat ke atas umat Islam.
Buku ini melihat
kepada dakwaan Syeikh al-Baani dalam
Kitab SifatusSolah An-Nabi, beliau
mendakwa disunatkan menggerakkan jari
telunjuk ketika bertasyahhud sambil menggerak-gerakkannya
sehingga salam dan selesai solat.
JAWAPAN
:
Bagi menjawab
persoalan ini, Imam an-Nawawi dalam
kitabnya “al-Fatawa” menjawab; “Disunatkan mengangkat jari telunjuk
dari tangan kanan ketika melafazkan huruf ‘hamzah’ pada kalimah (la ila ha
illallah…) sekali sahaja tanpa
menggerak-gerakkkannya. Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh.
Bagi menyelesaikan
lagi masalah dan persoalan tersebut, buku ini mendedahkan kepincangan dalil
bagi mereka yang mengatakan sunat menggerakkan jari telunjuk secara berterusan.
Dalil-dalil tersebut dibincang satu persatu dalam buku ini dengan dalil-dalil
yang sesuai, hujah-hujah, dan bukti yang nyata. Insya’Allah. Justeru, buku ini
diharapkan dapat menjelaskan persoalan dan masalah tersebut.
KESIMPULAN
:
Secara keseluruhannya, melihat
kepada ketentuan mazhab al-Syafie ialah menggerakkan jari telunjuk itu sekali sahaja di dalam solat, iaitu pada lafaz Allah ketika mengucapkan
kalimah (la ila ha illallah…).
Manakala perbuatan sesetengah pihak yang menggerakkan jari telunjuk atau
memutarkannya berkali-kali adalah makruh. Selama mana ia tidak tertakluk
kepada niat yang lain seperti
berniat bermain-main dalam solat,
maka hukumnya adalah haram dan solatnya terbatal. Jika seseorang itu
menggerakkan jari kerana gatal, terlalu lapar, terlalu sejuk, dan seumpamanya,
maka hukumnya adalah harus.
Adapun
amalan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa disunatkan menggerakkan jari
telunjuk dalam solat secara berterusan adalah pendapat yang salah. Malangnya,
pendapat ini cuba ditegakkan sesetengah kita dan mereka menyangka inilah amalan
sunnah yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. Sebenarnya, penisbahan mereka adalah
bathil. Tidak berdasarkan kepada fakta hadis sama sekali. Bahkan, pandangan
ulama’ empat mazhab dan selain mereka membuktikan kepada kita sebaliknya.
Begitulah sedikit sebanyak
perkongsian, wallahu’alam. Sila rujuk kembali buku tersebut.:D Moga bermanfaat.
Assalamu'alaikum, lama dah update blog ni..huhu.... Apa-apapun dah kembali tahun baru 2013.. Yang berlalu biarkan pergi. Kali ni nak cerita pasal lagu ni, lama dah buat videonya, dua tahun lepas, tapi buat kembali. :D Lagu ni versi lama tapi best...nantikan versi yang terbaru dari kumpulan Feelhoney...
Sekadar Lelaki Biasa (Oldies Version) -FEELHONEY.
Wajah nan rembulan meruntun jiwaku
Tiap tutur kata penuh keimanan
Tetapi diriku berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan...
Adakah mungkin kan kumiliki kasih
Atau sekadar dalam hati...
Ya Allah perkenankan doaku
Jadiku halal baginya
'Tuk membimbingku kepada-Mu
Ku harapkan...
Haruskah untukku luah
Rahsia cinta di jiwa
Siapalah aku...?
Sekadar lelaki yang biasa...
Cintaku tak bererti milikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya...
Video ni pula, yang dua tahun lepas punya...hehe..
Masa ni buat dengan kawan, tak reti sangat lagi...
Sebuah cinta ni bukan nak cerita pasal kisah cinta hidupku... tapi pasal sebuah lagu nasyid yang sangat best dan bawa erti yang tersirat. hehe...
Ok, lagu ni dicipta sendiri sepenuhnya oleh seorang komposer muda dan juga salah seorang penyanyi nasyid dari kumpulan Devotees. Beliau ialah saudara Abd Halim bin Ahmad yang juga merupakan pengurus syarikat Neurotic Studio yang kini giat dalam menghasilkan produk-produk beridentitikan nasyid, seperti album mini, penciptaan lagu, poster nasyid, kulit album, laman web, dan sebagainya.
Secara peribadi, aku turut kagum dengan beliau kerana sebagai anak Melayu beragama Islam, bersemangat dalam memperjuangkan nasyid.
Alhamdulillah, moga beliau terus berjaya dalam perjuangan ini.
"Sebuah Cinta" ni tajuk lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan HILWAN dalam album terbaru mereka iaitu, tengok preview yer kat bawah ni, tapi album mereka rasanya belum keluar lagi, masih dalam proses. Ternanti-nanti...huhu
Hilwan-Tak Jemu Menyayangiku
HILWAN merupakan kumpulan nasyid baru
yang terdiri daripada 4 orang bekas pelajar Ma'ahad Muhammadi (L) Kota Bharu, Kelantan,
iaitu Harith, Amir, Ahmad, dan Umair. Tahun 2011 menyaksikan kelahiran album sulung mereka yang berjudul
Tak Jemu Menyayangiku terbitan Neurotic Studio dengan kerjasama Aman Studio.
Album ini memuatkan 7 buah lagu termasuk 1 lagu dalam versi akustik & 1 minus one.
Lagu dalam album ni, aku hanya ada satu, iaitu Sahabat Dengarkan kerana lagu ni telahpun dimuatkan dalam album kompilasi Nasyid Indie vol.2 - Nasyeed Semesta.
Mengenai lagu Sebuah Cinta, kisahnya yang difahamiku adalah mengenai fitrah rasa cinta yang dimiliki oleh seseorang yang mungkin belum mampu atau bersedia disebabkan hadirnya rasa itu pada masa yang tidak sesuai, misalnya sewaktu masing-masing masih menuntut ilmu.
Namun, perasaan itu tidak dapat diluahkan kerana masih belum mampu, takut terleka atau lalai dari cinta Ilahi. Jika ikutkan nafsu, ingin diluahkan terus tetapi semua itu tak mampu kerana ingin menjaga hati dan kesucian cinta walaupun perasaan itu kadangkala menyeksakan diri.
Walau bagaimanapun, sebagai hamba Allah beriman, perasaan itu sememangnya dapat dikawal dengan kesabaran hati dan mungkin hanya diluahkan seandainya Allah telah tetapkan masa yang sesuai. Semua perasaan yang hadir itu adalah ujian dalam meniti hidup di dunia ini. Walaupun ia anugerah dari Allah, namun kita perlu mengawalnya agar cinta yang hadir nanti bukan cinta yang sia-sia.
Mengenai perasaan yang hadir dari hati ini, hanya Allah Maha Mengetahui. Justeru, semuanya diserahkan pada Pencipta kita, iaitu ALLAH s.w.t. Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu sentiasa berdoa dan berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik setiap masa. Insya'Allah, urusan mengenai jodoh dan takdir ini pasti akan menemui jalan penyelesaiannya, pasti akan hadir seseorang yang sesuai buat kita, hadirnya anugerah dari Allah pada masa yang betul-betul sesuai dan bersedia. Wallahu'alam.
Ok, lagunya dari Hilwan masih belum ada tetapi entah dari mana terjumpa lagu yang dinyanyikan sendiri oleh komposernya, iaitu Abd Halim Ahmad @ Halim. Aku sempat buat video, harap maaflah andai ada kekurangan..huhu.. Moga bermanfaat.
Kedua-dua puisi ini dicipta oleh seorang sahabat yang juga merupakan ustaz yang banyak membantu diriku ke arah kebaikan. Syukur dapat dipertemukan dengan beliau kerana sepanjang perkenalan, pasti ada ilmu yang dapat kuketahui kerana perkongsian ikhlasnya untuk membantu sahabat-sahabat. Beliau menuntut dalam bidang pengajian bahasa Arab, di Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya. Sebelum ni tinggal sama kolej tapi sekarang ni menetap kat sebuah rumah di luar berdekatan kawasan U.M. Beliau tetap meneruskan perkongsian ilmu di kolej ini. :)
"Simpulan Hati"
Bila hati tersimpul padu
Tersemat mesra satu ukhuwah
Terjalin kasih dan bahagia
Rasa bersaudara
Hati kejam tak punya rasa
Jiwa kelam hidup tak ceria
Tersisih kasih dari manusia
Tiada untungnya
Kita sama sahaja
Tiada beza antara kita
Jiwa iman dan taqwa
Hati nurani itu ukurannya
Kita saling menghargai
Budi mulia indahnya hati
Jasamu takkan kulupa
Tetap terpateri kekal abadi
Nur cahaya (di sana)
Menerangi alam maya
Aku di sini menyelami hati
Menghalusi jiwa dan sanubari
Semulajadi
"Sketsa Cinta"
Kutanya cinta pada nada bayu
Nyanyiannya semerdu buluh perindu
Pada tangisan ombak yang menderu
Angin yang bertiup syahdu
Pada lukisan awan vanilla
Burung-burung bertasbih di atas gunung
Pada tangisan cinta yang luka
Titisan hujan ikut berkabung Terbuai ikut rasa hati
Yang tak peduli,
menyepi sendiri
Terpaksa menempah derhaka
Menghangus tuai di musim semi Di mana cinta yang dipinta
Kali ni juga hanya sebuah puisi ciptaanku. Puisi ini dicipta buat seorang kenalan yang aku hanya kenal memalui laman "facebook". Muslimah itu sedikit sebanyak hadir memberi petunjuk, pendapat, nasihat, dan sebagainya yang amat berguna dan bermakna. Namun, muslimah itu tetap menjaga batas-batas dalam perhubungan. Kukenali muslimah itu sebagai seorang yang menjaga agama, sentiasa menutup aurat juga berniqab, dan sentiasa ke arah kebaikan. Moga dirinya sentiasa istiqamah dalam menuju cinta-Nya. Amiin..