Rakan...

Rabu, 28 Disember 2011

::Dongeng Puteri::

Assalamualaikum...
 Cerita ini daripada blog aku yg dahulu. Waktu ini ada hamba Allah tu anjurkan satu pertandingan, dipanggil Projek Budak Tabika. Kiranya, sesiapa yg ada blog nak sertainya, kena menulis cerita berdasarkan 'kata kunci' yg diberi macam ala-ala budak tabika mengarang cerita. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat hadiah 'top up'...ha2.. namun, tersenarai juga dalam top 10...:) huhu.. 


Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. Tiba-tiba saya...

syarat dia korang kena masukkan perkataan ni
suara orang menyanyi | harimau | anak kunci | peti besi | surat wasiat 
dikejar gajah | suara cikgu memanggil nama saya (anda la tu)


Tiba-tiba saya terkejut setelah tersedar dari leka dan mendapati bahawa diri saya sudah berada terlalu jauh dari kawasan air terjun. Keadaan di kawasan itu berbeza kerana saya kini berada dalam sebuah hutan dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Begitu juga dihiasi dengan kecantikan serangga-serangga dan binatang-binatang lain. Saya mulai terpesona dengan keindahan tersebut walaupun hati berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan sedikit ketakutan. Mungkinkah ini suatu mimpi atau realiti kerana tidak pernah lagi dilihat kejadian dan keindahan seperti ini. Rama-rama tersebut telah membawa saya ke tempat itu tanpa disedari.
Masih lagi dalam keadaan sama, tiba-tiba kedengaran suara orang menyanyi di tempat tersebut. Suaranya sangat merdu dan menenangkan hati ini bila mendengarnya. Mungkinkah suara seorang Puteri yang sedang menyanyi. Dengan memberanikan diri, saya terus mencari suara tersebut, di samping ingin bertanyakan tentang keberadaan saya dalam kawasan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya kembali ke kawasan air terjun tadi semula dan berjumpa dengan kawan-kawan. Saya bimbang jika kawan-kawan risau dan mula mencari saya akan menyebabkan keseronokan mereka terganggu.
Semakin hampir dengan suara itu, saya semakin resah dan mulai ketakutan. Namun, saya memberanikan diri juga hinggalah terbukti bahawa suara tersebut sememangnya milik seorang Puteri yang cantik. Tanpa membuang masa, saya segera bertanyakan tentang kawasan itu dan tentang Puteri tersebut kerana ingin mengenali dirinya. Puteri tersebut menceritakan tentang diri saya yang berada di alam bunian. Ini disebabkan nenek moyang saya dahulu ada kaitan dengan alam tersebut dan pernah berkahwin dengan salah seorang penduduk di kawasan itu. Saya tidak tahu ingin mempercayainya atau tidak tetapi Puteri tersebut memberitahu bahawa saya masih ada urusan untuk diselesaikan dan akan melalui cabaran untuk menyelesaikannya. Setelah itu, Puteri tersebut terus hilangkan diri tanpa saya sempat bertanya lagi.
Tiba-tiba muncul seekor harimau dan cuba menerkam saya. Nasib saya baik kerana sempat melarikan diri hinggalah sampai ke sebuah kawasan gua. Tanpa membuang masa, saya terus berlindung dalam gua tersebut. Sedang dalam ketakutan, tiba-tiba saya didatangi lagi oleh Puteri tadi dan memberikan saya sebentuk anak kunci. Anak kunci tersebut menyimpan rahsia dari moyang saya dan merupakan salah satu barang yang dititipkan buat keturunannya. Oleh itu, anak kunci itu berhak diberikan kepada saya. Puteri tersebut memberitahu bahawa di dalam gua tersebut tersimpan rahsia moyang saya dan dengan petunjuk yang diberikan, akhirnya saya mula mencari rahsia tersebut.
Setelah beberapa jam bertarung dengan kepenatan, akhirnya saya terjumpa dengan sebuah peti besi. Menurut fikiran saya, peti tersebutlah rahsia moyang saya dan perlu diketahui isinya. Dengan menggunakan anak kunci yang dimiliki, saya berjaya membuka peti itu dengan harapan terdapat sedikit harta dek kerana ketidakpuasan hati dalam kepenatan mencari peti tersebut walaupun pada asalnya hanya untuk mengetahui mengenai nenek moyang saya terdahulu.
Setelah membuka peti tersebut, didapati terdapat sekeping surat wasiat menceritakan wasiat terakhir moyang saya sebelum meninggal dunia. Dalam wasiat tersebut memberitahu bahawa saya perlu berkahwin dengan Puteri itu tadi dan saya akan mendapat harta peninggalannya yang begitu banyak. Ini kerana perjanjiannya dengan ayahanda Puteri tersebut. Alangkah terkejut saya kerana sememangnya ada menaruh perasaan terhadap Puteri itu. Setelah itu, Puteri tersebut kembali lagi dan menceritakan segala-galanya. Kerana saya telah berjaya mengharungi rintangan tersebut, Puteri itu bersetuju untuk mengahwini saya.
Alangkah gembira hati ini kerana kepenatan saya akhirnya mendapatkan hasil yang baik. Tetapi Puteri tersebut memberikan syarat. Syaratnya ialah saya perlu melihat wajah sebenar Puteri tersebut terlebih dahulu. Saya bersedia untuk melihatnya tanpa ada rasa keliru. Tiba-tiba Puteri tersebut bertukar menjadi seekor gajah. Alangkah terperanjatnya saya hinggakan saya melarikan diri dalam keadaan ketakutan. Akhirnya, saya turut dikejar gajah tersebut yang meminta saya untuk berkahwin dengannya.
Kedengaran suara saya melaungkan perkataan, “oh tidak!” dengan begitu kuat sekali sambil berlari dengan sepantas yang boleh. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, kedengaran suara cikgu memanggil nama saya. Saya berasa hairan dengan panggilan tersebut yang muncul tiba-tiba hinggalah saya dikejutkan oleh kawan-kawan. Rupa-rupanya saya telah tertidur di kawasan air terjun tersebut setelah kepenatan mengejar rama-rama tadi. Setelah mengejarnya, saya keletihan dan akhirnya terus tertidur dan mengalami mimpi tersebut. Sedikit kecewa kerana tidak kesampaian untuk mengahwini “Puteri Gajah” tersebut…hehe3.. THE END..:)
Sila tinggalkn link cerita korang kt link di bwh ni lepas siap, jika trpilih dpt hadiah tp4~lps 2 tag 3 mmbr blog yg anda rse mampu buat krangan lawak . Ampou Raye cine BALANCE 012/013/014/017/019 +++++++ RM+0 VALID UNTIL +8/02/2011..sbb contez neh -TAMAT 11/02/2011-
*Copy paste dari blog dahulu...:) sekian. he3

Isnin, 26 Disember 2011

Puisi : La Tahzan

 
Jika kau rasa gelisah,
Aku juga pernah merasa,
Jika kau rasa lemah,
Aku juga pernah merasa,
Jika kau rasa duka dan hiba,
Aku juga pernah merasa,
Jika kau rasa derita,
Aku juga pernah merasa...

Apa yang kau rasa,
Semuanya pernah kurasa,
Kerna aku juga manusia,
Pernah ada rasa bahagia,
Pernah juga ada sengsara...

Air mata,
Sering berkunjung tiba,
Berkumpul di kelopak mata,
Akhirnya jatuh ke pipi jua,
Tiada tertahan menanggung hiba,
Kerna hati terlalu merasa,
Itulah kesedihan yang melanda...

Menangislah dikau,
Menangislah sepuas-puasnya,
Agar hilang semua resah,
Agar hilang semua derita,
Agar hilang semua duka,
Kerna dunia bukan hanya bahgia,
Ada suka ada jua duka...

Jika kau bersedih,
Jika kau selalu menangis,
Adakah semuanya berakhir?
Adakah semuanya selesai?
Adakah segala derita hilang?...

Aku juga manusia,
Pernah kurasa semuanya,
Namun janganlah lemah,
Janganlah terlalu resah,
Jangan pula terlalu gundah,
Kerna ternyata semuanya ujian,
Dari Allah datangnya hikmah...

Bangkitlah dari kesedihan,
Bangkitlah dari penderitaan,
Kerna putus asa itu dosa,
Selagi hayatmu di sini,
Berusahalah tuk berjaya,
Kelak kau akan bahagia...

Serahkanlah pada Yang Esa,
Kerna hayatmu ketentuan-Nya,
Usah banyak bertanya,
Mengapa diberi derita?
Kenapa aku yang sengsara?
Adakah aku insan hina?
Dan pelbagai persoalan,
Kerna kaulah insan pilihan...

Dalam berjuta insan,
Kau diberi ujian,
Bagi menguji kesabaran,
Bagi memberi ketabahan,
Agar tingkatkan keimanan,
Dan bila kau berjaya,
Segalanya akan terjawab,
Kau pasti merasa bahagia,
Kerna destinasi cinta semakin hampir,
Hampir menuju Syurga,
Syurga yang kekal abadi...

Semuanya bermula dalam diri,
Usah biarkan kesedihan memakan diri,
La Tahzan...
Jangan Bersedih...
Don't be sad...