Rakan...

Selasa, 12 Jun 2012

Sebuah Cinta

Assalamu'alaikum....
                            
  Sebuah cinta ni bukan nak cerita pasal kisah cinta hidupku... tapi pasal sebuah lagu nasyid yang sangat best dan bawa erti yang tersirat. hehe... 
Ok, lagu ni dicipta sendiri sepenuhnya oleh seorang komposer muda dan juga salah seorang penyanyi nasyid dari kumpulan Devotees. Beliau ialah saudara Abd Halim bin Ahmad yang juga merupakan pengurus syarikat Neurotic Studio yang kini giat dalam menghasilkan produk-produk beridentitikan nasyid, seperti album mini, penciptaan lagu, poster nasyid, kulit album, laman web, dan sebagainya
Secara peribadi, aku turut kagum dengan beliau kerana sebagai anak Melayu beragama Islam, bersemangat dalam memperjuangkan nasyid. 
Alhamdulillah, moga beliau terus berjaya dalam perjuangan ini. 

"Sebuah Cinta" ni tajuk lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan HILWAN dalam album terbaru mereka iaitu, tengok preview yer kat bawah ni, tapi album mereka rasanya belum keluar lagi, masih dalam proses. Ternanti-nanti...huhu

Hilwan-Tak Jemu Menyayangiku
HILWAN merupakan kumpulan nasyid baru
 yang terdiri daripada 4 orang bekas pelajar Ma'ahad Muhammadi (L) Kota Bharu, Kelantan,
 iaitu Harith, Amir, Ahmad, dan Umair. Tahun 2011 menyaksikan kelahiran album sulung mereka yang berjudul 
Tak Jemu Menyayangiku terbitan Neurotic Studio dengan kerjasama Aman Studio. 
Album ini memuatkan 7 buah lagu termasuk 1 lagu dalam versi akustik & 1 minus one.

Lagu dalam album ni, aku hanya ada satu, iaitu Sahabat Dengarkan kerana lagu ni telahpun dimuatkan dalam album kompilasi Nasyid Indie vol.2 - Nasyeed Semesta

Mengenai lagu Sebuah Cinta, kisahnya yang difahamiku adalah mengenai fitrah rasa cinta yang dimiliki oleh seseorang yang mungkin belum mampu atau bersedia disebabkan hadirnya rasa itu pada masa yang tidak sesuai, misalnya sewaktu masing-masing masih menuntut ilmu. 
Namun, perasaan itu tidak dapat diluahkan kerana masih belum mampu, takut terleka atau lalai dari cinta Ilahi. Jika ikutkan nafsu, ingin diluahkan terus tetapi semua itu tak mampu kerana ingin menjaga hati dan kesucian cinta walaupun perasaan itu kadangkala menyeksakan diri. 
Walau bagaimanapun, sebagai hamba Allah beriman, perasaan itu sememangnya dapat dikawal dengan kesabaran hati dan mungkin hanya diluahkan seandainya Allah telah tetapkan masa yang sesuai. Semua perasaan yang hadir itu adalah ujian dalam meniti hidup di dunia ini. Walaupun ia anugerah dari Allah, namun kita perlu mengawalnya agar cinta yang hadir nanti bukan cinta yang sia-sia. 
Mengenai perasaan yang hadir dari hati ini, hanya Allah Maha Mengetahui. Justeru, semuanya diserahkan pada Pencipta kita, iaitu ALLAH s.w.t. Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu sentiasa berdoa dan berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik setiap masa. Insya'Allah, urusan mengenai jodoh dan takdir ini pasti akan menemui jalan penyelesaiannya, pasti akan hadir seseorang yang sesuai buat kita, hadirnya anugerah dari Allah pada masa yang betul-betul sesuai dan bersedia. Wallahu'alam. 

Ok, lagunya dari Hilwan masih belum ada tetapi entah dari mana terjumpa lagu yang dinyanyikan sendiri oleh komposernya, iaitu Abd Halim Ahmad @ Halim. Aku sempat buat video, harap maaflah andai ada kekurangan..huhu.. Moga bermanfaat.
 Dengarkan "Sebuah Cinta (versi akustik) - Hilwan feat. Halim Ahmad..."



Bukan aku berdusta
Menyembunyikan segala rasa
Malah terlalu ingin kunyatakan
Untuk kau tahu apa yang tersimpan

Semua yang lama kupendam
Jauh di sudut hati tertanam
Perasaan yang kian menyeksakan

Tak mampu untuk kuluahkan
Kerna bukan masanya untuk kau dengarkan
Masih ada yang perlu difikirkan
Sebelum termeterai sebuah ikatan

Allahu rabbi
Ya malikal qalbi
Ya syafi’annafsi
Inni arju ilaika

Duhai Kasih
Pemilik hati ini
Penyembuh lara jiwa
Kuserahkan padaMu segala