Rakan...

Jangan Lupa Bagi Makan...:) Syukran

Selasa, 20 Mac 2012

3rd Voice Nasyid

Assalamualaikum....


                  3rd Voice merupakan nama kumpulan nasyid yang aku tubuhkan hanya sementara, sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) di kolejku seperti yang pernah diceritakan dalam penulisan lepas. Nama kumpulan ini diilhamkan berdasarkan nama kolejku, iaitu Kolej Kediaman Ke-3, maknanya lebih kurang "suara pelajar dari kolej kediaman ketiga" hehe. Kumpulan ini hanya membuat persembahan pada malam penutup atau majlis perasmian MPI. Kami terdiri daripada 5 orang ahli yang semuanya merupakan pelajar kolej ini dan juga peserta nasyid bagi Festival Seni (FESENI) 2012, Universiti Malaya. Oleh itu, sambil membuat latihan untuk FESENI, kami ambil sedikit masa untuk latihan bagi persembahan MPI. 

    Dari Kiri : Farhan, Isa, Jie (Aku), Shahir, Lukman.

                   Tengok pada gambar tersebut, akulah yang paling rendah tapi aku juga yang paling tua sebab Shahir berada dalam tahun dua, yang lain baru tahun pertama, dan aku pula berada dalam tahun tiga atau tahun akhir. Walau bagaimanapun, aku tetap bersemangat tuk' berjuang tidak kiralah apa orang nak kata yang penting, nasyid tetap bawa kebaikan dan ketenangan padaku dan juga orang lain. Insya'Allah. Niat di hati inginku teruskan perjuangan ini bukan hanya sementara tapi mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa ahli-ahli atau teman yang sesuai dan betul-betul bersemangat sama seperti aku. Aku memang pencinta nasyid walaupun tidak diketengahkan atau tidak menjadikan diri popular, namun sememangnya sudah takdir atau ketentuan bahawa jiwaku cenderung ke arah hiburan seumpama ini. 
             Sebenarnya, ingin sekali aku terlibat sama dalam apa jua aktiviti yang melibatkan nasyid, namun bukan kerana tidak minat tapi disebabkan ketidakmampuan aku. Misalnya, aku di sini tidak begitu biasa dan tiada kenderaan, di samping tidak begitu tahu tempat-tempat untuk kutujui. Kalau tiada kawan yang bawa aku, sudah tentu aku hanya sekadar minat dan mencintai dari jauh sedangkan peluang tu sentiasa ada. Namun, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyertai persembahan dan pertandingan. Nak cari yang betul-betul boleh bagi komitmen bukan senang, kadang-kadang perlukan paksaan. Lagipun, kawan-kawan yang aku kenal tidak semuanya sama macam aku, sudah tentu susah bagiku untuk terlibat sama.




Begitulah sedikit sebanyak ceritaku mengenai perjuangan nasyid. Harapanku sekarang ingin sekali menubuhkan satu kumpulan nasyid yang semestinya akulah juga salah seorang ahlinya. Nama yang aku ingin komersialkan ialah "Nur Heart". :) Semuanya ketentuan Ilahi dan hanya kepada-Nyalah diri ini berserah. Terima kasih kepada semua yang selama ini terus memberi sokongan dan semangat. :) 
"I LOVE NASYID"

Sabtu, 17 Mac 2012

Nasyid FESENI 2012, Universiti Malaya.

Assalamualaikum... 



Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan nasyid Festival Seni (FESENI) bagi tahun 2012. Maka, berakhirlah sudah pertandingan ini buat diriku yang sedang berada dalam semester terakhir di Universiti Malaya. Pejam celik, pejam celik, pantas masa berlalu. Teringat kembali sewaktu tahun pertama dalam suka duka untuk pertama kali menyertai pertandingan nasyid. Semua itu sudah berlalu pergi dan insya'Allah akan sentiasa segar dalam sanubari. Jika adanya pertemuan, pastinya akan ada perpisahan.huhu... Sedih rasanya, namun hidup dan perjuangan mesti diteruskan. Kalau ada lagi pertandingan seumpama ini selepas aku keluar dari universiti, dan jika ada peluang, aku tetap akan teruskan. 


Nasyid bukan semata-mata kerana hiburan atau juga minat tetapi sebagai salah satu hiburan yang mendidik jiwa yang dapat membawa mesej kebaikan. 
Aku tetap bersyukur kerana berpeluang untuk menyampaikan hiburan yang bermakna ini. Tiada apa yang kuingin dan kuharapkan, hanyalah doa agar bisaku sentiasa bersemangat dan tabah dalam meneruskan perjuangan nasyid, walaupun tidak menjadi penulis lirik nasyid, tidak menjadi salah seorang munsyid tetapi aku tetap akan menjadi pencinta nasyid.... :) 
Rasanya sampai di sini sahajalah untuk kali ini, semoga hiburan nasyid tetap menjadi pilihan utama dalam hati kalian. Syukran.

Selasa, 13 Mac 2012

Puisi : Perjalanan Ukhuwah

Assalamualaikum...
Puisi kali ini mengenai pertemuan yang sementara, namun membawa kepada  ukhuwah yang berpanjangan. Ini kerana seseorang itu tidak pernah melupakannya dan ada sesuatu perasaan yang tak dapat diungkaikan dengan kata-kata, misalnya perasaan kasih, sayang, cinta, dan sebagainya. Perasaan itu sebenarnya bukanlah tidak dapat dilafazkan tetapi belum masanya yang sesuai. Bila dilafazkan, bimbang ukhuwah yang terbina selama ini terus hilang begitu sahaja. Harapan yang ada hanyalah ingin tetap teruskan ukhuwah ini hingga ke akhirnya. Persoalan itu hanya Allah sahaja yang mampu menjawabnya, kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan segala ketentuan. Insya'Allah, segala yang terjadi itu adalah terbaik dari-Nya. 



Kembali kenang pertemuan pertama,
Saat itu saling tak kenal siapa,
Lantas sapa menyapa dengan mesra,

Terasa bagai kenalan lama...


Berlari waktu tanpa sedari,
Ukhuwah tercipta dalam hati,
Ada sesuatu yang sangat bererti,
Hadir kerna ketentuan Ilahi...


Salahkah andai harapan terbina,
Ikhlasnya hanya pada Yang Esa,
Kebaikan diberi bawa bahagia,
Bersama menuju ke Syurga-Nya...


Andai semuanya kian berubah,
Terhenti sudah perjalanan ukhuwah,
Hanya pada-Nya diri ini berserah,
Agar tenangnya tanpa rasa gundah...


Pertemuan ini harus disyukuri,
Segala terjadi kehendak Ilahi,
Kenali diri dengan menginsafi,
Ukhuwah ini pasti kan bererti... 

 

Sabtu, 3 Mac 2012

Hijrah ♥ Hati ♥

Assalamualaikum....

                        Hijrah Hati merupakan tajuk bagi video islamik pertama yang aku cipta dengan seorang teman. Video ini dibuat untuk pertandingan video islamik sempena "Minggu Penghayatan Islam" di kolejku baru-baru ini. Pada awalnya, aku tidak ingin sertai disebabkan tiada kemahiran dan idea tuk' menciptanya. Bukan senang nak hasilkan satu cerita yang dijadikan video. Hendak buat lakonan pula tiada video cam. dan tiada bakat. huhu.. 

                        Akhirnya, aku 'try' cari video-video dalam 'you tube' tuk' dapatkan idea dalam menghasilkannya. Dengan bantuan temanku, akhirnya aku mencuba juga tuk' menciptanya, memandangkan memang hobi aku dan minus one, instrumental, juga koleksi nasyid memang sudah tersedia dalam laptopku. Jadi, apa salahnya mencuba.

                          Idea tuk' hasilkannya sudah dapat, iaitu dengan melukis kartun dan ambil gambar tuk' jadikan satu cerita. Dengan bantuan 'software' Cyberlink Power Director v7, kamera temanku, dan sedikit kreativiti, akhirnya aku berjaya hasilkannya. Namun, lukisan dalam video tersebut tidaklah cantik kerana dilukis dalam masa sehari, ditambah pula tiada bakat melukis, dan sudah lama tidak melukis.. huhu...
                    
                      Idea tuk' cerita ini pula, sebenarnya kebetulan terdengar lagu nasyid hadis bertajuk Hijrah nyanyian Muadz. Lagu itu menceritakan mengenai maksud hadis pertama hadis 40. Ditambah pula dengan sedikit cerita daripada pengalamanku dan temanku itu, namun cerita dalam video tersebut bukanlah 100% berkaitan dengan diri tetapi diubah suai sedikit tuk' sampaikan mesej. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn Al-Khattab r.a., beliau berkata:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda";

"Sesungguhnya, setiap amalan bermula dengan niat, 
dan sesungguhnya bagi setiap insan, (amalannya bergantung) kepada apa 
yang diniatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya,
maka, hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. 
Barangsiapa hijrahnya sekadar untuk keduniaan yang akan diperolehinya
atau sekadar untuk wanita yang akan dinikahinya, 
dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya. 
[H.R. Bukhari & Muslim]



Inilah video islamik "Hijrah Hati". Maaf jika ada kekurangan dan insya'Allah jika ada masa, video seumpama ini akan terus dihasilkan tuk' manfaat semua. Syukran kepada yang memberi pendapat, nasihat, dan sebagainya tuk' terus berusaha membawa kebaikan... :)
                               

Khamis, 1 Mac 2012

MPI - Minggu Penghayatan Islam

Assalamualaikum...
                         Agak lama juga rasanya tak update blog ini kerana masalah internet, sibuk dengan permulaan tuk' 'study', dan hal-hal lain. Lagipun tiada idea tuk' menulis, jika ada pun tidak sempat kerana kekangan masa. Kali ini ingin menceritakan mengenai projek kolej. Walaupun aku berada di semester terakhir, namun aku tetap bersama dalam aktiviti di kolej lebih-lebih lagi melibatkan agama. Projek ini diberi nama  "Minggu Penghayatan Islam".
                    Aku fikir, untuk kali ini dapatlah aku rileks tapi disebabkan aku masih diperlukan kerana pelajar 'junior' kurang memberi komitmen, akhirnya, aku juga yang terpaksa menjadi ketua unit. Kali ni aku 'handle' Unit Teknikal dan Multimedia. Ikutkan pengalaman memang sudah pernah tapi tak biasa juga dengan tugas-tugas teknikal melainkan, aku hanya biasa dengan membuat video. 
                  MPI- Minggu Penghayatan Islam kali ini dijalankan di bawah Jawatankuasa Perkembangan (JKP) Kerohanian dan Perpaduan yang dahulunya dikenali sebagai JKP Balai Islam di Kolej Kediaman Ke-3 (Tuanku Kurshiah) sesi 2011/12, Universiti Malaya. Walaupun namanya telah ditukar, namun alhamdulillah aktiviti-aktivitinya tetap tidak berubah dan masih melibatkan unsur-unsur agama Islam. 
Sebenarnya, ini kali pertama MPI dijalankan kerana sebelum ini nama projek ini dikenali sebagai Minggu Perpaduan, dan projek lain pula ialah Ihya' Ramadan (IHRAM). MPI pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu tetapi waktu itu, aku masih lagi bersekolah...:) Rasanya sampai sini sahaja coretan tuk' kali ini. Semoga projek seumpama ini dapat diteruskan lagi untuk sesi akan datang. Syukran...