Rakan...

Jangan Lupa Bagi Makan...:) Syukran

Rabu, 23 Januari 2013

Kupu-Kupu Cinta

SaLaM... 

 Kumpulan SIGMA (Senandung Islam Gapai Maghfirah Allah) merupakan kumpulan nasyid dari seberang yang popular dengan lagu Istikharah Cinta. Kini, mereka kembali dengan single terbaru, iaitu Kupu-Kupu Cinta yang akan dimuatkan dalam album terbaru mereka. 

Alhamdulillah, mereka memberi keizinan kepada semua peminat nasyid untuk 'mendownload' lagu tersebut secara percuma walaupun album mereka masih dalam pembikinan. Justeru, video ini dibuat untuk tatapan dan perkongsian buat semua. 

Dengarkan lagu nasyid terbaru dari SIGMA Nasheed (Indonesia).





Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa
Syair-syair cinta tercipta karna Dia

Kupu-kupu cinta
Terbanglah tinggi menuju jalan-Nya
Hinggaplah engkau di bunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya Ilahi Robbi
Tiada lain hanyalah nama-Mu
Satukan cinta ini dalam bingkai
Untaian ridho-Mu

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati


Jumaat, 11 Januari 2013

Menggerakkan Jari Telunjuk dalam SOLAT…



Sabda Nabi S.A.W.;
“Bersolatlah kamu sebagaimana dikau melihat aku bersolat”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595)


Assalamu’alaikum…


Tatkala tergeraknya hati untuk mengisi masa lapang, ingin berkongsilah sedikit sebanyak mengenai sebuah buku yang mengisi ruang almari di rumahku. Buku ini sudah lama dimililiki kerana diperkenalkan oleh seorang kenalan suatu ketika dahulu. Pada waktu itu, sebenarnya masyarakat kita sibuk mengenai isu ajaran sesat dan sebagainya yang tidak dapat lari juga dari dikaitkan dengan menggerakkan jari telunjuk dalam Solat. Persoalan ini seringkali kedengaran, tidak pernah lekang rasanya dari bicara masyarakat Arab mahupun masyarakat kita sendiri. Buku ini bertajuk “Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk Dalam Solat” oleh Allamah Syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al Quraisyi al Hasyimi dan diterjemahkan oleh Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari. Sila Lawati : www.al-ghari.blogspot.com

Bila sudah memiliki, timbullah rasa ingin ketahui dan mendalami kerana diri ini sememangnya masih ada kekurangan diri lebih-lebih lagi dalam mencari ilmu ILAHI. Oleh itu, terdetiklah hati untuk membacanya. Memang agak sukar sedikit untuk memahami kerana buku ini lebih kepada menjelaskan dalil-dalil dan jawapan kepada persoalan yang dijadikan rujukan bagi memenuhi 37 halaman.  Apa yang dapat dikongsikan, buku ini ditulis dan diterjemahkan bagi mengatasi masalah kekeliruan yang berlaku dalam solat. Ia membicarakan tentang permasalahan menggerakkan jari telunjuk ketika bertahiyyat di dalam solat.

PERSOALAN :

            Persoalan mereka, adakah menggerakkan jari secara terus menerus itu disunatkan (sebagaimana dakwaan sesetengah pihak yang mengaku sebagai ahli ilmu) atau ianya dimakruhkan?. Adakah solat itu terbatal atau sebaliknya?.. Ada juga tidak segan silu menganggap orang yang tidak menggerakkan jari telunjuk secara berterusan itu sebagai tidak menepati sunnah. Lalu menuduh bid’ah sesat ke atas umat Islam.

Buku ini melihat kepada dakwaan Syeikh al-Baani dalam Kitab SifatusSolah An-Nabi, beliau mendakwa disunatkan menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud sambil menggerak-gerakkannya sehingga salam dan selesai solat.

JAWAPAN :

Bagi menjawab persoalan ini, Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Fatawa” menjawab; “Disunatkan mengangkat jari telunjuk dari tangan kanan ketika melafazkan huruf ‘hamzah’ pada kalimah (la ila ha illallah…) sekali sahaja tanpa menggerak-gerakkkannya. Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh.

Bagi menyelesaikan lagi masalah dan persoalan tersebut, buku ini mendedahkan kepincangan dalil bagi mereka yang mengatakan sunat menggerakkan jari telunjuk secara berterusan. Dalil-dalil tersebut dibincang satu persatu dalam buku ini dengan dalil-dalil yang sesuai, hujah-hujah, dan bukti yang nyata. Insya’Allah. Justeru, buku ini diharapkan dapat menjelaskan persoalan dan masalah tersebut.

KESIMPULAN :  

            Secara keseluruhannya, melihat kepada ketentuan mazhab al-Syafie ialah menggerakkan jari telunjuk itu sekali sahaja di dalam solat, iaitu pada lafaz Allah ketika mengucapkan kalimah (la ila ha illallah…). Manakala perbuatan sesetengah pihak yang menggerakkan jari telunjuk atau memutarkannya berkali-kali adalah makruh. Selama mana ia tidak tertakluk kepada niat yang lain seperti berniat bermain-main dalam solat, maka hukumnya adalah haram dan solatnya terbatal. Jika seseorang itu menggerakkan jari kerana gatal, terlalu lapar, terlalu sejuk, dan seumpamanya, maka hukumnya adalah harus.
Adapun amalan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa disunatkan menggerakkan jari telunjuk dalam solat secara berterusan adalah pendapat yang salah. Malangnya, pendapat ini cuba ditegakkan sesetengah kita dan mereka menyangka inilah amalan sunnah yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. Sebenarnya, penisbahan mereka adalah bathil. Tidak berdasarkan kepada fakta hadis sama sekali. Bahkan, pandangan ulama’ empat mazhab dan selain mereka membuktikan kepada kita sebaliknya.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian, wallahu’alam. Sila rujuk kembali buku tersebut.:D Moga bermanfaat.

Selasa, 8 Januari 2013

Sekadar Lelaki Biasa

Assalamu'alaikum, lama dah update blog ni..huhu.... Apa-apapun dah kembali tahun baru 2013.. Yang berlalu biarkan pergi. Kali ni nak cerita pasal lagu ni, lama dah buat videonya, dua tahun lepas, tapi buat kembali. :D Lagu ni versi lama tapi best...nantikan versi yang terbaru dari kumpulan Feelhoney... 


Sekadar Lelaki Biasa (Oldies Version) -FEELHONEY.

Wajah nan rembulan meruntun jiwaku
Tiap tutur kata penuh keimanan
Tetapi diriku berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan...


Adakah mungkin kan kumiliki kasih
Atau sekadar dalam hati...

Ya Allah perkenankan doaku
Jadiku halal baginya
'Tuk membimbingku kepada-Mu
Ku harapkan...

Haruskah untukku luah
Rahsia cinta di jiwa
Siapalah aku...?
Sekadar lelaki yang biasa...

Cintaku tak bererti milikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya...




Video ni pula, yang dua tahun lepas punya...hehe.. 
Masa ni buat dengan kawan, tak reti sangat lagi...