Rakan...

Jumaat, 8 Mac 2013

MuZiK...

Assalamu'alaikum...
                             



Pertandingan Video Islamik, anjuran Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya sempena program Minggu Manifestasi Islam, sesi 2012/2013. :)

Muzik Latar : 
1. Selendang Merdeka - XPDC
2. Selagi Ada Waktu - Hufaz
3. Terima Kasih Guru (Instrumental) - Mirwana
4. You're Beautiful (OST): Without a Word (Piano Instrumental) 
5. Ustaz Azhar Idrus - Soal Muzik Dalam Islam (You Tube)
6. Selagi Ada Waktu - Hufaz (Repeat)
7. Sunnah Berjuang - AlFarabi Band
8. Langkah Tercipta (Instrumental) - UNIC

Rabu, 6 Mac 2013

Baca Novel?

Assalamu'alaikum...



Biasanya, memang kita sering dengar novel ini sinonim dengan wanita kerana jarang lelaki yang suka baca novel.
Sebabnya, baca novel ini pasti memerlukan kesabaran yang agak tinggi dan perlu habiskan beratus-ratus muka surat.
Rasanya kalau sekarang ini, semua itu tak betul lagi kan? Lagipun membaca ini suatu aktiviti yang bagus. J
Tak dinafikan, sewaktu zaman sekolah dahulu agak sukar nak habiskan bacaan sesebuah novel, kecuali disebabkan novel itu dijadikan bahan kajian dalam ‘exam’, barulah berusaha juga habiskan, dan pernah juga hanya baca sinopsis dan buku ulasan sahaja. L

Tapi takdalah nak baca novel yang jiwang-jiwang dan ayat berbunga-bunga tu yang kelihatannya tidak memberi sebarang faedah. Rasanya, sudah lari dari konsep sebenar kesusasteraan, iaitu kumpulan buku yang indah bahasanya, baik isinya, dan lebih berfaedah.
Namun, kerana takdir telah ditentukan Ilahi berada dalam bidang sastera, pastinya perlu dan harus meminati sastera, terutamanya karya-karya berbentuk novel. Walaupun begitu, pada awalnya masih ada lagi rasa malas nak baca dan habiskan sesebuah novel.

Kini, alhamdulillah bila hadirnya kesedaran golongan penulis, khususnya penulis muda dalam menghasilkan novel-novel berbentuk Islamik yang sesuai dengan syariat Islam yang sebenar, barulah tertarik untuk habiskan novel.
Dari situlah berputiknya minat untuk membaca dan menghabiskan novel. Takdalah lagi novel-novel yang agak jiwang sahaja yang memenuhi pasaran dan menjadi tatapan masyarakat.

Ada faedahnya juga membaca novel ini, misalnya dapat membantu pembinaan sahsiah serta kekuatan jiwa, juga dapat membantu pembinaan modal insan.
Yang paling penting, pemilihan novel-novel yang dibaca itu haruslah tidak melalaikan kita dan penghayatan yang dilakukan juga perlulah merangkumi segala bentuk kebaikan.
Hayati dan ambillah mesej yang berfaedah dan berguna agar dapat membantu membimbing diri kita ke jalan ILAHI… 
Wallahu’alam… :D Layan…