Rakan...

Jangan Lupa Bagi Makan...:) Syukran

Ahad, 13 Mei 2012

Puisi: Simpulan Hati & Sketsa Cinta

Assalamu'alaikum... 
                             Kedua-dua puisi ini dicipta oleh seorang sahabat yang juga merupakan ustaz yang banyak membantu diriku ke arah kebaikan. Syukur dapat dipertemukan dengan beliau kerana sepanjang perkenalan, pasti ada ilmu yang dapat kuketahui kerana perkongsian ikhlasnya untuk membantu sahabat-sahabat. Beliau menuntut dalam bidang pengajian bahasa Arab, di Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya. Sebelum ni tinggal sama kolej tapi sekarang ni menetap kat sebuah rumah di luar berdekatan kawasan U.M. Beliau tetap meneruskan perkongsian ilmu di kolej ini. :)


 "Simpulan Hati"
                     
Bila hati tersimpul padu
Tersemat mesra satu ukhuwah
Terjalin kasih dan bahagia
Rasa bersaudara

Hati kejam tak punya rasa
Jiwa kelam hidup tak ceria
Tersisih kasih dari manusia
Tiada untungnya

Kita sama sahaja
Tiada beza antara kita
Jiwa iman dan taqwa
Hati nurani itu ukurannya

Kita saling menghargai
Budi mulia indahnya hati
Jasamu takkan kulupa
Tetap terpateri kekal abadi

Nur cahaya (di sana)
Menerangi alam maya
Aku di sini menyelami hati
Menghalusi jiwa dan sanubari
Semulajadi

"Sketsa Cinta"

Kutanya cinta pada nada bayu
Nyanyiannya semerdu buluh perindu
Pada tangisan ombak yang menderu
Angin yang bertiup syahdu
Pada lukisan awan vanilla
Burung-burung bertasbih di atas gunung
Pada tangisan cinta yang luka
Titisan hujan ikut berkabung
Terbuai ikut rasa hati
Yang tak peduli,
menyepi sendiri
Terpaksa menempah derhaka
Menghangus tuai di musim semi
Di mana cinta yang dipinta
Jika tiadalah berkorban segala
Di mana rasa bahagia
Jika tiadanya jujur di jiwa
Kalam-kalam cinta
Penuh berbisa dalam warna-warni dusta
Jangan diungkapkan ia
Andainya hati tidak bersedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan