"Dan ketahuilah bahawa dalam setiap tubuh itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh tubuh itu. Dan sekiranya ia tidak baik, tidak baiklah seluruh tubuh itu. Itulah HATI"[H.R.Bukhari & Muslim]. H-Harapan, A-Agama(Akidah), T-Takwa, I-Ilmu, = HATI
Jumaat, 22 November 2013
Wanita...Istimewa
Wanita..Istimewa - Feelhoney
Rawat hatinya, beri dia cinta
Jangan sekali-sekali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Dengan cinta yang penuh berpura-pura
Wahai arjuna, sayangi dia
Kerna wanita dicipta untuk dicinta
Jangan cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita
Dalam dirinya penuh air mata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Janganlah pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah
Kerna wanita berhak untuk bahagia
Bukan dicipta untuk selalu derita
Sayangi dia cintakan ia
Kerna wanita..istimewa
Wanita...
Sungguh dirimu istimewa...
Duhai arjuna... sayangi dia
Kerna wanita...istimewa...
Dalam dirinya penuh air mata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Janganlah pernah kau dustai dia
Wahai arjuna sedarilah
Kerna wanita berhak untuk bahagia
Bukan dicipta untuk selalu derita
Sayangi dia cintakan ia
Kerna wanita..istimewa
Wahai arjuna, sayangi dia
Kerna wanita dicipta untuk dicinta
Jangan cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita
Kerna wanita berhak bahagia
Bukan dicipta untuk derita
Kerna wanita berhak bahagia
Bukan dicipta untuk derita...
Isnin, 10 Jun 2013
Isnin, 22 April 2013
Promo Album Hijjaz - Janji (2013)
Alhamdulillah, sudah ada lagu-lagu terbaru HIJJAZ-JANJI (2013).
Sudah juga siapkan buat video preview lagu-lagu Hijjaz...
Memang terbaik...:D
Sudah juga siapkan buat video preview lagu-lagu Hijjaz...
Memang terbaik...:D
Hijjaz - Janji (2013)
1. Kau Pemilik Cinta
2. Janji Khalifah
3. Laukana Bainana
4. Hanyalah Iman
5. Pemimpin 3 Darjat
6. Penghulu Syurga
7. Harapan Ummah
8. Akulah Pencinta
9. Pemula Langkah
Ahad, 21 April 2013
Puisi : Tinta Si Pengemis
~Tinta Si
Pengemis~
Tika kisah
terselit di kalbu
Coretan indah
terlakar syahdu
Mengemis kasih
cinta berpadu
Menagih kasih
cinta Yang Satu…
Bermula kembara
mujahidah
Ibarat pejuang
meniti hijrah
Bicaranya dakwah
hadir terserlah
Tertulis
lembaran sebuah tarbiah…
Tinta sekadar
jadi sandaran
Luahan ilmu
kalam Tuhan
Mencorak warna
Islam kehidupan
Harapan tersebar
segala kebaikan…
Pengemis cinta
rela diuji
Menjadi hamba
cintakan Ilahi
Yang tertulis
bakal menginsafi
Terlukis
gambaran pesona syurgawi…
Terpalit rasa
ketenangan hati
Walau ujian
menanti pasti
Terpasak teguh
ikatan janji
Percaya akan
takdir Ilahi....
M.Hafizie
21.04.2013
Kuala Lumpur
Sabtu, 20 April 2013
Hilwan - Tak Jemu Menyayangiku
Alhamdulillah, ini album kedua yang beli secara 'online' selamat sampai kat rumah.
HILWAN - Tak Jemu Menyayangiku
01 Allahu Rabbuna - Hilwan02 Tak Jemu Menyayangiku - Hilwan
03 Dengarkan Sahabat - Hilwan
04 Cahaya-Mu - Hilwan
05 Sebuah Cinta - Hilwan feat. Halim Ahmad
06 Dunia Impianku - Hilwan
07 Tak Jemu Menyayangiku (Crystal Version)
08 Sebuah Cinta (Cyrstal Version)
Untuk tempahan, hubungi:
Syahman : 012 9292250
Wan Zuhari: 0145046085
Faiz : 0135262529
01 Allahu Rabbuna - Hilwan02 Tak Jemu Menyayangiku - Hilwan
03 Dengarkan Sahabat - Hilwan
04 Cahaya-Mu - Hilwan
05 Sebuah Cinta - Hilwan feat. Halim Ahmad
06 Dunia Impianku - Hilwan
07 Tak Jemu Menyayangiku (Crystal Version)
08 Sebuah Cinta (Cyrstal Version)
Untuk tempahan, hubungi:
Syahman : 012 9292250
Wan Zuhari: 0145046085
Faiz : 0135262529
Antara lirik lagu yang menjadi pilihan :
Selasa, 16 April 2013
Cerpen - Kekasih
Kekasih…
Senyum kemboja yang setia menemani sepi
pusara menantikan kehadiranku. Terimbau kembali suatu kenangan yang sentiasa
terpahat kukuh dalam ingatanku. Tanpa sedar, air jernih dari kelopak mataku
turut sama gugur membasahi pipi yang akhirnya dibiarkan kekeringan dicium bayu
semilir.
Saat itu, aku bersyukur
kerana pernah dikurniakan seorang bidadari dunia yang setia menemani diriku tatkala
suka, mahupun duka. Sungguh, aku telah mengecap nikmat kebahagiaan hidup di
dunia walaupun bermulanya dengan segala keperitan dan kesusahan. Hadir dirimu
sebagai anugerah yang tidak ternilai pemberian Ilahi. Dikaulah kekasih hatiku,
isteriku.
Aku tiada sedar bahawa
segala yang di dunia ini hanyalah sementara, sekadar tempat persinggahan yang
pastinya akan kembali kepada Yang Menciptakan. Mungkin aku lupa pada ayat
cinta-Nya; “Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sebentar (QS:An-Nisa:77)”.
Bukan mudah untuk
memiliki dirimu, lantaran diriku hanyalah sekadar lelaki biasa yang seringkali terjatuh
dan akhirnya bangkit semula berusaha agar mampu dikurniakan peneman hidup
sepertimu. Yang nyata, harapanku ingin dikau menjadi insan yang menemani
hidupku, yang bakal menjadi suri hatiku, dan ibu kepada bakal cahaya mata kita,
buah hati cinta kita.
Suatu masa dahulu, mungkin
ia hanyalah angan-angan, mungkin jua sekadar impian, atau mungkin kenyataan
yang tidak bisa diriku kecapi. Namun, takdir Ilahi mampu menentukan dan
menciptakan segala-galanya yang mustahil kepada tidak mustahil menjadi realiti
tanpa dapat dihitung atau diubah lagi. Benarlah ayat cinta-Nya; “Sesungguhnya
apabila Dia hendak menciptakan sesuatu, hanyalah dia berfirman, “Jadilah!”
Maka, terjadilah ia (QS:Yasin:82)”. Itulah kuasa kun fayakun Allah, Tuhan sekalian alam.
Ketentuan Tuhan pasti aku terima dengan hati yang terbuka dan
berlapang dada. Segala persoalan yang sudah lama tertanam jauh di sudut hatiku
kian terjawab. Doaku selama ini telah dimakbulkan. Aku bukanlah ditakdirkan
berada dalam pentarbiahan yang dapat dikatakan sempurna. Sekadar dicampakkan ke
dalam zon ilmu dunia yang belum pasti berguna kerana tiada guna andai tiada
ilmu dari-Nya. Bukan tidak pernah mendapat peluang belajar agama, namun yang
nyata bukan ditakdirkan khusus dalam bidang itu. Jalan hidupku mungkin boleh
dikatakan agak sedikit condong ke arah yang tidak sepatutnya.
Bila diri kian
meningkat dewasa, barulah teraba-raba mencari ilmu yang sebenar-benarnya, ilmu
yang mampu membawa diri dalam mengenal diri-Nya. Alangkah ruginya waktu sedarku
apabila akhirnya dirasakan agak ketinggalan dan terlewat dalam mencari ilmu
untuk ke sana. Siapa patut dipersalahkan? Ibu bapa? Takdir? Atau Tuhan?
Semuanya sudahpun berlalu, tidak elok dipersoalkan dan menyalahkan sesiapa.
Tiada apa yang patut dikesalkan kerana kekurangan itulah yang membina semangat
untuk berjuang kembali walaupun berkejar-kejaran dalam mencari dan mencantumkan
cebisan-cebisan ilmu. Yang diperlukan hanyalah kepercayaan kepada Tuhan dengan
diselitkan segala kekuatan dalam terus beristiqamah.
“Subhanallah, indahnya wanita solehah perhiasan dunia”, bisik hati
seorang lelaki tatkala menyedari kehadiran ciptaan Ilahi. Kerana kesolehannya,
siapa sahaja bisa tertarik untuk memiliki bukan untuk dipermainkan sesuka hati.
Sampailah hadirnya usaha yang kelihatannya menjurus ke arah yang positif.
Sebaliknya, ia hanyalah suatu usaha yang tidak sepatutnya diperlukan. Mungkin
pada pandangan mata biasa, dirasakan indah disebabkan perubahannya yang baik. Tetapi,
perubahan itu bukan dari dalam diri yang ikhlas disebabkan hanya terpesona
dengan keindahan wanita solehah yang ingin dijadikan isteri. Sudah tersasar
akhirnya dari landasan yang sepatutnya diikuti.
Niat? Sesiapapun mampu
tanamkan niat yang baik tetapi caranya tetap mendatangkan keburukan. Bukan
kerana insan yang dikasihi, dicintai, dan mahupun disayangi semata-mata, namun
hanyalah kerana cinta-Nya. Itulah yang sebaik-baiknya patut ditanamkan dalam
niat hati walaupun hijrahnya ke arah kebaikan. Hanya kepada Tuhanlah
sebaik-baiknya patut diletakkan segala harapan kerana yang pasti, Dialah yang
Maha Menciptakan. Berubah kerana inginkan wanita solehah yang diharapkan akan menjadi
isteri? Atau berubah dengan harapan Allah hadirkan seseorang yang baik dan
solehah sesuai buat diri? Pilihan itu buat diriku keliru seketika, suatu masa
dahulu.
Akhirnya, yang dapat
hanyalah rasa kecewa, merana, dan sengsara hanya kerana wanita perhiasan dunia.
“Ahh! Serik rasanya jatuh cinta”, jerit hati seorang lelaki yang kecewa. Cukup
sudah terlena dan terleka. Masanya untuk sedar dan terjaga dari terus dibuai
arus dunia. Sampailah akhirnya, hanya doa jua pengharapan pada Yang Esa. Tidak
mampu lagi hamba-Mu ini terus membiarkan diri dibaluti debu-debu dosa.
Sedar-sedar, tiada lagi
bermain agenda cinta manusia. Akhirnya, tanpa sedar jua hadir dirinya sebagai
anugerah buat insan yang setia mengharap belas kasih-Nya. Kejayaan telahpun
dimiliki setelah bangkit dari terjatuh. Diriku waktu itu masih tercari-cari
haluan diri dan bimbingan hidup ke arah menggapai cinta Ilahi. Lantaran diri
masih kekurangan, hadirnya dirimu sebagai teman.
Akhirnya, terlafaz
sudah satu ikatan suci. Saat lafaz sakinah diungkapkan terasa nikmat akhirnya.
Ingin sekali terbang melayang setinggi-tingginya hanya untuk mengungkapkan rasa
syukur kepada Ilahi di atas kurniaan-Nya yang tidak ternilai ini. Rupanya,
dirimulah yang sebenarnya ditakdirkan untuk diriku, diriku yang serba
kekurangan. Alhamdulillah.
Duhai kekasihku, sedaya
upaya aku binakan sebuah mahligai indah yang menjadi tanda agungnya cinta kita.
Duhai puteriku, sekuat tenaga aku ciptakan sebuah istana kasih yang tersergam
indah menjadi bukti cinta kita yang sejati. Ku hiaskan pula dengan mekarnya
bunga-bunga yang membawa haruman dari syurga-Nya. Akhirnya berjaya aku
mahkotakan dirimu menjadi permaisuri hatiku, belahan jiwaku. Kaulah
bimbinganku, akulah bimbinganmu. Kaulah penyejuk mata dan penenang hatiku.
Seringkali aku berfikir
bahawa diriku serba kekurangan, mungkin tiada apa yang dapat aku diberikan.
Hanya sebuah keikhlasan dalam mencintaimu sebagaimana kasihnya dirimu kepada
Ilahi. Begitu indahnya sebuah bahtera perkahwinan yang layarnya diperbuat
daripada iman dan taqwa. Walaupun sesekali dilanda badai, namun tetap jua
kembali teguh dan terus mampu berlayar menuju landasan cinta hakiki,
berpandukan pula kompas cinta Ilahi. Itulah anugerah Tuhan yang sangat bernilai
di mata kasih seorang suami.
Jatuh bangunku tetap
bersamamu. Segalanya kian terurus dengan sifat ringan tulangmu. Penat lelah
dirasakan bahagia tanpa gundah gulana. Diriku jua semakin terdidik dengan
mengenal dirimu yang sememangnya sudah sekian lama terhijab dengan sinar iman. Saat
terjaga dari lenaku, pagiku sentiasa dihiasi dengan ayunya wajahmu yang
memberiku kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Tiada kata
mampu kuungkapkan, hanya lafaz terima kasih kekasihku, terima kasih Tuhanku.
Saat-saat indah
bersamamu bukan selama-lamanya buatku. Datangnya angin kali ini begitu kencang
sekali bagaikan badai yang melanda meruntuhkan mahligai yang sekian lama
terbina. Bukan aku tidak mahu menghalangnya, namun kali ini terpaksa jua aku
merelakannya kerana ia datang dari ketentuan dan takdir Ilahi. Sebagai
hamba-Nya yang lemah, segala yang datang dari-Nya terpaksa dipulangkan kembali
kepada-Nya.
Aku sedar akan ayat
cinta-Nya; “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan:
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jualah kami kembali (QS:Al-Baqarah:156)”. Sudah suratan
takdir kau pergi dulu tanpa menunggu diriku yang kini semakin kesepian tanpa
cintamu. Aku tahu, realitinya tidak mungkin sama seperti yang sentiasa tersurat
dalam kebanyakan novel cinta yang berjanji setia sehidup semati. Sampai
masanya, kematian pasti akan datang menjemput jua tidak kira masa dan ketika.
Aku tahu bukan tangisan
dan ratapan yang kau pinta dariku. Hanya yang kau mahukan keikhlasan dariku
merelakan dirimu pergi sebagaimana kehendak Ilahi. Perginya dirimu sudah cukup
menjadi pengajaran buatku. Kematianmu suatu tanda bahawa hidupku jua hanya
sementara. Kini, kembali kepada realiti bahawa dirimu sudah sekian lama pergi. Tiada
lagi dapatku tatap jernihnya wajahmu dalam setiap hariku. Aku reda dan pasrah
di atas segala-galanya. Hanya mampu
kupahatkan doa buat dirimu tatkala terjaga mahupun diriku terlena. Pusaramu
juga akan tetap kusiramkan dengan cinta sejati kita.
Senja kian pantas
berlabuh. Akhirnya aku tersedar dari diulit kenangan lalu saat bersamamu. Masa
untukku pulang menjalankan tanggungjawab sebagai insan yang masih hidup.
Kelihatannya unggas-unggas berterbangan mencari jalan pulang. Aku tinggalkan
pusaramu sepi sendiri ditemani pepohon Kemboja. Semoga dikau aman di sana. “Jom
kita pulang?”, ajakanku kepadamu. “Eh! Bukan tapi ajakanku kepada anak kita, buah
hati cinta kita”, bisik hatiku sambil tersenyum.
Bayangan dirimu kini
ada pada puteri kita. Akanku didiknya sebagaimana dikau terdidik selama ini
dengan sinaran iman dan taqwa. Itu janjiku kepadamu. Andainya takdir kita dapat
bersama lagi, ingin diriku hidup bahagia bersamamu. Semoga cinta kita selama
ini terlakar di pintu syurga. Selamat tinggal kekasihku, cinta kita pasti mekar
kembali… J
M.
Hafizie
9
April, 2013.
Sabtu, 13 April 2013
Puisi : Bicara Penantianku
~BICARA PENANTIANKU~
Aku diselubungi resah
Sukar untukku melangkah
Bagai menanti secebis harapan
Tidakku pasti apa yang diinginkan
Seseorang bertanya;
Menantikan apa?
Jawabku tiada apa-apa,
Mungkin sekadar perasaan manusia biasa
yang sesekali merasakan ada yang kurang
Ada yang masih belum cukup
Adat manusia memang begitu
Sukar nak hadir rasa syukur
Yang nyata,
tidakkan hadir harapan tanpa usaha
Tidak berguna sekadar bermimpi di siang hari
Sesekali teringat lirik lagu Hijjaz;
"Jika bermimpi biar setinggi langit,
andainya jatuh masih disambut awan,
Bukalah mata lihatlah sekeliling,
Masih banyak yang belum dicapai tangan..."
Mimpi yang disertakan dengan usaha
Itulah namanya impian
Mungkin jawapannya;
"Menantikan impian jadi kenyataan"
Fikirku, tentu sukar sekali
Bukan sekadar menanti pasti
Hanya usaha mampu mengubati
Masih banyak yang belum diterokai
Akhirnya tercapai satu ikatan kata
Tersimpul kukuh jauh di sudut jiwa
Harusku berusaha sedaya upaya
Hanya pada-Nya disertakan harapan
Kerna aku percaya akan janji-janji Tuhan...
M.Hafizie
22.04.2013
Kuala Lumpur.
Khamis, 28 Mac 2013
Selasa, 26 Mac 2013
Khamis, 21 Mac 2013
Jumaat, 8 Mac 2013
MuZiK...
Assalamu'alaikum...
Pertandingan Video Islamik, anjuran Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya sempena program Minggu Manifestasi Islam, sesi 2012/2013. :)
Muzik Latar :
1. Selendang Merdeka - XPDC
2. Selagi Ada Waktu - Hufaz
3. Terima Kasih Guru (Instrumental) - Mirwana
4. You're Beautiful (OST): Without a Word (Piano Instrumental)
5. Ustaz Azhar Idrus - Soal Muzik Dalam Islam (You Tube)
6. Selagi Ada Waktu - Hufaz (Repeat)
7. Sunnah Berjuang - AlFarabi Band
8. Langkah Tercipta (Instrumental) - UNIC
Rabu, 6 Mac 2013
Baca Novel?
Assalamu'alaikum...
Biasanya, memang kita
sering dengar novel ini sinonim dengan wanita kerana jarang lelaki yang suka
baca novel.
Sebabnya, baca novel ini pasti
memerlukan kesabaran yang agak tinggi dan perlu habiskan beratus-ratus muka
surat.
Rasanya kalau sekarang ini,
semua itu tak betul lagi kan? Lagipun membaca ini suatu aktiviti yang bagus. J
Tak dinafikan, sewaktu
zaman sekolah dahulu agak sukar nak habiskan bacaan sesebuah novel, kecuali
disebabkan novel itu dijadikan bahan kajian dalam ‘exam’, barulah berusaha juga habiskan, dan pernah juga hanya baca
sinopsis dan buku ulasan sahaja. L
Tapi takdalah nak baca
novel yang jiwang-jiwang dan ayat berbunga-bunga tu yang kelihatannya tidak
memberi sebarang faedah. Rasanya, sudah lari dari konsep sebenar kesusasteraan,
iaitu kumpulan buku yang indah bahasanya, baik isinya, dan lebih berfaedah.
Namun, kerana takdir telah
ditentukan Ilahi berada dalam bidang sastera, pastinya perlu dan harus meminati
sastera, terutamanya karya-karya berbentuk novel. Walaupun begitu, pada awalnya
masih ada lagi rasa malas nak baca dan habiskan sesebuah novel.
Kini, alhamdulillah bila
hadirnya kesedaran golongan penulis, khususnya penulis muda dalam menghasilkan
novel-novel berbentuk Islamik yang sesuai dengan syariat Islam yang sebenar,
barulah tertarik untuk habiskan novel.
Dari situlah berputiknya
minat untuk membaca dan menghabiskan novel. Takdalah lagi novel-novel yang agak
jiwang sahaja yang memenuhi pasaran dan menjadi tatapan masyarakat.
Ada faedahnya juga membaca
novel ini, misalnya dapat membantu pembinaan sahsiah serta kekuatan jiwa, juga
dapat membantu pembinaan modal insan.
Yang paling penting,
pemilihan novel-novel yang dibaca itu haruslah tidak melalaikan kita dan
penghayatan yang dilakukan juga perlulah merangkumi segala bentuk kebaikan.
Hayati dan ambillah mesej yang
berfaedah dan berguna agar dapat membantu membimbing diri kita ke jalan ILAHI…
Wallahu’alam… :D Layan…
Selasa, 19 Februari 2013
Bidadari Syurga Impianmu...
Assalamu'alaikum...
Ingin sekali kongsikan sebuah puisi yang agak panjang. Puisi ini sudah lama dibuat hasil rujukan buku "Riwayat Bidadari Syurga - Munif Ahmad". Puisi ini ditujukan kepada muslimah di luar sana yang sentiasa mengimpikan dan mengharapkan dirinya dapat mencontohi riwayat hidup para Bidadari Syurga. Insya'Allah...
Hati
dan fikiranmu…
Sering
bermonolog sendirian,
Mampukah
dirimu menjadi seperti para bidadari Syurga,
Riwayat
hidup serikandi dalam cintanya terhadap Ilahi…
Hikayat
bermula dengan Adam dan Hawa,
Manusia
pertama mengenal cinta,
Hidup
bahgia di Syurga nan indah,
Dicampakkan
ke dunia kerna hasutan syaitan,
Berpisah
jua kerna kesilapan,
Taubat
mereka sesungguhnya taubat,
Diterima
Allah kerna keinsafan,
Bertemu
kembali dalam kerahmatan…
Dirimu
ingin segigih dan setabah Siti Hajar,
Ditinggalkan
suami kerna perintah Tuhan,
Sabar
berharap hanya kepada-Nya,
Air
dicari dari Safa ke Marwah,
Lantaran
dahaga bersama Ismail tersayang,
Berkat
tendangan bakal Nabi akhirnya terserlah,
Terpancut
sudah air zam-zam…
Kehormatan
dirimu ingin dipelihara,
Seumpama
Maryam perawan yang mulia,
Ibarat
mawar indah berpagarkan duri,
Akhlak
terpuji dan berperibadi tinggi,
Kerna
ketekunan, kemuliaan, dan kesucian,
Allah
memilih rahimnya yang suci murni,
Untuk
menghamilkan Isa seorang Nabi,
Sebagai
bukti kebesaran Ilahi…
Kisah
Aminah mencipta ketabahanmu,
Dalam
kesabaran melahirkan Rasul,
Mengandungkan
rahmat memberi keberkatan,
Mengasuh
dan mendidik penuh kecintaan,
Hingga
terserlah bijak, pandai, dan cerdas,
Meninggalkan
yang baik melahirkan kesucian…
Lagenda
cinta Siti Khadijah penyeri hidupmu,
Lantaran
mengenang agung cintanya terhadap Ilahi,
Kekasih
Allah didampingi dalam susah dan senang,
Melahirkan
kesetiaan jua keturunan,
Harta
ditabur ke medan perjuangan,
Bersama
pengorbanan hingga ke akhir hayat…
Terharu
hatimu dengan pengorbanan,
Seorang
isteri bernama Saudah,
Dipilih
Rasul lantaran simpati,
Kerna
kekurangan diri merelakan Rasul pergi,
Terharu
Baginda kerna kemuliaan,
Tetap
bersama sebagai suami isteri,
Walau
giliran diberi ganti…
Kau
sering mendidik jiwamu,
Menerbitkan
kesabaran seteguh Aisyah,
Bijaksana
dalam meniti kesusahan dan pengorbanan,
Lantaran
fitnah yang tidak mengenal sesiapa,
Sentiasa
tabah demi sebuah hikmah,
Mengharungi
arus kehidupan yang penuh ujian…
Mungkinkah
tersemai ketaatanmu,
Setelah
mendengar kisah Hafsah,
Kelemahan
sebagai isteri akhirnya disedari,
Terluka
hati Baginda buat seketika,
Lantas
memohon keampunan-Nya,
Hingga
ketaatannya kepada suami,
Juga
kepada Allah melebihi segala-galanya…
Kisah
sementara turut jadi renunganmu,
Dalam
kemurahan hati Zainab isteri Baginda,
Belas
kasihannya wujud dalam kelembutan diri,
Fakir
dan miskin terus dibela,
Walau
hidup seketika cuma,
Kemuliaan
diri menjadi lambang utama…
Sekuat
mana pendirian dan peganganmu,
Setelah
menghayati kisah Hindun,
Isteri
solehah menyejukkan mata,
Penawar
hati juga penajam fikiran,
Bijaksana
dalam membuat keputusan,
Turunnya
wahyu sering disaksikannya,
Memberi
keberkatan sepanjang berjuang…
Cabaran
hidupmu perlu dititipkan kesabaran,
Agar
diganjar Allah seperti Ramlah,
Kesepiannya
terisi menerima lamaran Rasulullah,
Pahit
getir hidup dilalui bersama,
Akhirnya
Islam menjadi agama ayahnya,
Dikabulkan
permintaan syukur kepada-Nya,
Maaf
diucap hingga ke akhirnya…
Keliru
hatimu dalam pemilihan,
Renungkanlah
kisah Zainab puteri Rasulullah,
Walau
keliru tetap memilih Tuhan yang Satu,
Walau
suaminya kufur tetap memelihara iman,
Demi
cinta dapat tempuhi segala rintangan,
Hingga
suami merasai keinsafan…
Hatimu
hiba melihat pengorbanan,
Puteri
solehah bernama Siti Fatimah,
Menanggung
penderitaan dengan sabar dan tabah,
Membentuk
keteguhan hati dan kuat pendirian,
Taat
dan akur dalam setiap perintah,
Bagaikan
wangian bunga dari syurga,
Menjadi
tempat buat selama-lamanya…
Impianmu
ingin secantik dan secerdik Balqis,
Disinari
cahaya hidayah mengubah takdirnya,
Cahaya
muncul dalam kejahilan diri,
Kerna
kebijaksanaan dalam pemilihan,
Memberi
ketaatan kepada suami seorang Nabi,
Demi
mencari cinta yang hakiki…
Sedarkan
dirimu dari diulit rindu,
Dengan
kisah Zulaikha yang dambakan cinta,
Pelbagai
cara melalaikan hatinya,
Hingga
keliru dengan pembohongan,
Bertemu
cintanya satu keberkatan,
Kerna
cinta itu memberi keinsafan,
Akhirnya
sedar ada yang lebih berhak,
Cinta
Allah tiada tandingan…
Pilu
hatimu mendengar kisah Yukabid,
Kerna
anak lelakinya terpaksa dipisahkan,
Peti
berisikan Musa dibawa arus sungai,
Namun
sampai ke istana Fir’aun,
Dipelihara
Asiah penuh kasih sayang,
Walau
terpisah berpeluang menyusukan,
Tetap
tabah menerima takdir Tuhan…
Dirimu
ingin seharum Masyitah,
Wanita
mulia pembela agama,
Tidak
menyerah kalah walau diseksa,
Tiada
gentar juga tiada takut,
Minyak
mendidih sanggup direnangi,
Melahirkan
keajaiban harum semerbak,
Hingga
harumannya sampai ke Syurga…
Jauh
di sudut hatimu ingin berkorban,
Ibarat
Asiah yang terkorban di tangan Fir’aun,
Dipenjara
dan diseksa sedemikian rupa,
Namun
hati tetap mengagungkan Allah,
Tangannya
juga menyelamatkan Musa,
Sehingga
menjadi Nabi terbilang,
Tercipta
akhirnya sebuah singgahsana,
Buat
Ratu Syahadah di Syurga yang abadi…
Kau
dengar kisah Halimah As-Sa’diah,
Ibu
susuan juga pengasuh Baginda,
Walau
upah tidak seberapa,
Tetap
menerima agar mendapat barakah,
Rezeki
melimpah mendapat nikmat,
Kerna
hati yang mulia dalam rahmat-Nya,
Jasa
dikenang sepanjang zaman…
Kau
jua impikan hati selembut Sumayyah,
Yang
dalam kelembutannya tersulam teguhnya iman,
Menjadi
lambang wanita solehah,
Syahid
pertama dalam pangkuan Islam,
Dibunuh
di dunia cuma sementara,
Bersama
keluarga Yasir tetap memilih Syurga,
Yang
pastinya akan kekal buat selama-lamanya…
Terciptakah
kasihmu umpama Barakah,
Ummu
Aiman gelarannya dalam sejarah Islam,
Kasihkan
Rasulullah tiada tersisih,
Sentiasa
bersama dalam keberkatan,
Sesudah
Aminah, dialah ibu Baginda,
Kerna
jasanya sangat dihargai,
Syurga
yang abadi itu balasannya…
Kagum
dirimu dengan semangat Nasibah,
Lambang
kegagahan seorang wanita,
Memperjuangkan
Islam tiada gentar,
Keberanian
tercipta di medan peperangan,
Mempertahankan
Baginda tiada kejemuan,
Bukti
kehebatan seorang wanita,
Syurga
buatnya itulah doa Rasul…
Pasrahkan
hatimu seperti Rumaisa,
Sentiasa
redha dengan ketentuan Tuhan,
Anugerah
sementara dirinya mengerti,
Tabahnya
hati kerna keimanan,
Sedarkan
suaminya tentang pinjaman,
Agar
hidup sentiasa bahgia hingga ke Syurga…
Kemuliaan
Al-Khansaa’ perlu kau contohi,
Syahdu
syairnya memberi semangat,
Hebat
bersyair dalam naungan Islam,
Relakan
anak-anaknya syahid dalam perang,
Walau
kehilangan tetap dalam tenang,
Kerna
Syurga pasti jadi balasan…
Ciptakan
keberanianmu seperti Khaulah,
Ibarat
lelaki sedang berperang,
Menjadi
misteri kerna kecekapan,
Hebat
bertempur walau seorang wanita,
Harum
namanya sepanjang zaman,
Dalam
mengenali erti perjuangan…
Kagum
dikau dengan kisahnya,
Asma’
Abu Bakar pertahankan agama,
Rasul
dan ayahnya perlu perlindungan,
Sanggup
berkorban walau jadi sasaran,
Ditampar
dihina dianggap biasa,
Rahsia
dijaga tetap terpelihara,
Redha
kepada-Nya bersama sentiasa…
Kesetiaanmu
perlu dijadikan perhatian,
Setelah
membaca kisah Nai’lah,
Bersama
suaminya Uthman dalam perjuangan,
Fitnah
menyala tanpa disangka,
Suami
dipertahankan walau diri tercedera,
Tetap
ada setia walau berpisah,
Menjadi
hiasan ibarat permata…
Sanggupkah
dirimu seperti Zainab binti Ali,
Menyaksikan
pelbagai peristiwa dalam perjuangan,
Peristiwa
Karbala menguji keimanannya,
Lantaran
gugurnya saudara-saudara kesayangan,
Mata
menatap darah suci pejuang Islam,
Namun
semangatnya tetap dinyalakan,
Mengabdikan
diri kepada-Nya hingga akhir hayat…
Pengabdiaan
agungnya membuatmu sedar,
Rabiatul
Adawiyah taat kepada pencipta,
Kekurangan
hidup bukan penghalang,
Keimanan
dan ketakwaan tetap bercambah,
Terlatih
dirinya berjiwa suci dan bersih,
Berat
penderitaan tetap bersabar,
Menuju
kepada Zat Allah semata-mata…
Kisah
Zubaidah menjadi kebanggaanmu,
Wanita
misali bersemangat waja,
Lambang
kewanitaan zaman Abbasiyah,
Bijaksana
dalam pelbagai bidang,
Mulia
dirinya walau berkedudukan,
Kemewahan
ditabur ke jalan kebajikan,
Menjadi
rujukan seluruh ummah…
Penderitaan
Zinnirah menjadi renungan buatmu,
Lantaran
pengorbanannya terhadap agama,
Hilang
pancaindera tuk melihat dunia,
Kalimah
“Allahu Akbar” tetap menjadi sebutan,
Mata
bercahaya kembali kerna keteguhan iman,
Menjadi
penyeri di Syurga tertinggi…
Kisah
Ainul Mardhiah menjadi tarikanmu,
Antara
bidadari yang sangat rupawan,
Membakar
semangat lelaki dalam berjuang,
Bukti
cinta sejati seorang pejuang,
Penantiannya
hanya kepada syahid di medan perjuangan,
Membawa
ke Syurga kekal selamanya…
Walau
kutahu kau tidak mampu,
Akan
tetap kuterima seadanya,
Cukuplah
dikau menjadi bidadari hidupku,
Kerana
aku tidak layak berharap sedemikian rupa,
Cukuplah
sekadar dirimu mencontohi bunga-bunga itu,
Agar
kasih bersemi kan kembang mekar mewangi,
Mengharum
melewati pintu SYURGA nan abadi…
Video yang dihasilkan...:D
water colour effect
Langgan:
Catatan (Atom)