Rakan...

Ahad, 8 Januari 2012

Dengan Kuasa-Mu

Assalamualaikum...

"Cinta adalah fitrah hati. Hati yang tidak memiliki rasa cinta adalah 
hati yang tidak sihat atau mungkin juga sudah mati."



Bila usia semakin meningkat dewasa, sebagai insan bernama lelaki biasa, semestinya bisa kujatuh cinta. Pelbagai ujian dan cabaran dalam menjalani hidup yang menunjukkan angka 23 tahun umurku sekarang (ikut bulan baru 22, he3). Dalam menjalani hidup ini, kuakui memang pernah terjebak dalam hal-hal melibatkan hati dan perasaan. 
Namun, diri masih tidak tersasar jauh di jalan-Mu walaupun latar belakang pendidikan hanya bersekolah di sekolah biasa, bukan bersekolah di sekolah agama. Jika ingin kuceritakan semuanya mungkin dapat kuhasilkan sebuah novel. Cerita yang sudah berlalu itu, jadikan sebagai pengalaman hidup. Hidup ini semakin hari semakin mencari arah kebaikan, sentiasa sedar akan cinta-Nya yang merupakan cinta sejati, cinta abadi. 
Jika sebelum ini, andai ada sebuah pertemuan yang membawa hati dan perasaan ke arah cinta, cinta itu menyebabkan diri ini celupar tuk' meluahkannnya. Melihat kepada teman-teman yang berpacaran, tipulah jika sebagai lelaki tidak inginkannya tetapi diri tidak pernah  begitu kerana kutahu batas-batas agama. 

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah 
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
 (yang membawa kepada kerosakan)” [al-Isra’:32].

Kupercaya bahawa semua orang tahu mengenainya lebih-lebih lagi yang beragama Islam tetapi biasalah dek pengaruh budaya asing dan sebagainya, perkara itu menjadi budaya yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Diriku juga bukan seorang yang betul-betul baik dan kerana itulah ku ingin terus berusaha. 
Yang berlalu, biarkan ia pergi. Sekarang ini, kutahu dan kusedar, jika kita usaha ke arah kebaikan, insya'Allah jodoh kita juga akan sama seperti kita, bukan mengharapkan seseorang yang kita sangkakan elok untuk kita semata-mata, yang penting harapan itu hanya ada pada Allah S.W.T. 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, 
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) 
dan pengurniaan yang mulia" [an-Nur:26].

Dengan kuasa-Mu?
Ya, dengan kuasa Ilahi, pasti seorang insan itu akan terus dibelenggu dengan perihal hati dan perasaan. Bukan bertujuan ke arah keburukan, namun perlulah meletakkan rasa cinta, sayang, kasih, dan sebagainya itu kerana Ilahi bukan kerana nafsu semata-mata. 
Mengenai diriku, andai hadir lagi sebuah pertemuan yang mungkin kurasa dapat membawa kebahagiaan nanti, ku tak ingin lagi luahkan isi hati ini selagi diri tidak mampu. Bukan ingin pendamkan perasaan, namun bak kata Devotees; 
"Bukanlah aku sengaja, melindungi rasa di jiwa, namun bimbang diri kan terleka, hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita, sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagian sebagai mahar hantaran....". Sambung sendirilah ya, huhu...


Sebagai insan biasa, tak lari dari mengharapkan seseorang yang dapat membawaku ke arah kebaikan kerana hati ini perlukan bimbingan dalam agama untuk menjalani kehidupan di dunia. Walaupun tugas seorang lelaki membimbing wanita atau isteri, namun tak salah kan andai ku jua inginkan seseorang yang dapat mengingatkanku kepada Allah S.W.T. tatkala waktu senang atau susah. Moga sama-sama menuju ke syurga-Nya yang abadi kelak. Insya'ALLAH. 




Perasaan cinta yang hadir dan mula berputik dalam hati ini, biarlah dahulu kupendamkan agar tidak cepat berkembang mekar dan akhirnya terus layu dengan begitu mudah sahaja kerana cinta yang sebegitu mungkin tidak akan kekal lama, akan hilang nikmat dan keindahannya. 
Apa yang penting, segala perasaan ini kuserahkan segalanya kepada Ilahi. Diri tetap berusaha tetapi bukan dengan mengharapkan 'couple' atau sewaktu dengannya. 
Moga diri dapat terus berjihad menjaga hati, menyimpan perasaan hati, dan terus bersabar sebelum tiba masanya. 
Walaupun pahit dan perit kerana mungkin suatu hari nanti, ia bisa berlalu pergi tanpa kusempat berbuat apa-apa dan mendapatkan cinta yang kuharapkan, namun bak kata UNIC;
"Biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasih-Nya, kerna sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia Yang Esa..." Tekalah ya tajuk apa...hehe


Sekian sahajalah untuk kali ini, ambil masa kejap walaupun berada dalam zon musim peperiksaan sekarang ini. Apa yang tersalah bicara, moga dapat dimaafkan dan diperbetulkan. Apa yang penting, keikhlasan hati berkongsi sebuah cerita yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada semua. Sebelum itu, dengarkan sebuah lagu yang penuh bermakna liriknya...:)
 Wallahu'alam bissawab...



Nur One- Dengan Kuasa-Mu:


Dengan Kuasa-Mu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan Kuasa-Mu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan kuyakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan Kuasa-Mu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan Kuasa-Mu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta



Tiada ulasan:

Catat Ulasan