Sabda
Nabi S.A.W.;
“Bersolatlah
kamu sebagaimana dikau melihat aku bersolat”.
Assalamu’alaikum…
Tatkala
tergeraknya hati untuk mengisi masa lapang, ingin berkongsilah sedikit sebanyak
mengenai sebuah buku yang mengisi ruang almari di rumahku. Buku ini sudah lama
dimililiki kerana diperkenalkan oleh seorang kenalan suatu ketika dahulu. Pada
waktu itu, sebenarnya masyarakat kita sibuk mengenai isu ajaran sesat dan
sebagainya yang tidak dapat lari juga dari dikaitkan dengan menggerakkan jari
telunjuk dalam Solat. Persoalan ini seringkali kedengaran, tidak pernah lekang
rasanya dari bicara masyarakat Arab mahupun masyarakat kita sendiri. Buku ini bertajuk
“Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk Dalam
Solat” oleh Allamah Syeikh Dr Hassan
Ali al-Saqqaf al Quraisyi al Hasyimi dan diterjemahkan oleh Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari.
Sila Lawati : www.al-ghari.blogspot.com
Bila
sudah memiliki, timbullah rasa ingin ketahui dan mendalami kerana diri ini
sememangnya masih ada kekurangan diri lebih-lebih lagi dalam mencari ilmu
ILAHI. Oleh itu, terdetiklah hati untuk membacanya. Memang agak sukar sedikit untuk
memahami kerana buku ini lebih kepada menjelaskan dalil-dalil dan jawapan
kepada persoalan yang dijadikan rujukan bagi memenuhi 37 halaman. Apa yang dapat dikongsikan, buku ini ditulis
dan diterjemahkan bagi mengatasi masalah kekeliruan yang berlaku dalam solat.
Ia membicarakan tentang permasalahan menggerakkan jari telunjuk ketika
bertahiyyat di dalam solat.
PERSOALAN
:
Persoalan mereka, adakah
menggerakkan jari secara terus menerus itu disunatkan (sebagaimana dakwaan
sesetengah pihak yang mengaku sebagai ahli ilmu) atau ianya dimakruhkan?.
Adakah solat itu terbatal atau sebaliknya?.. Ada juga tidak segan silu
menganggap orang yang tidak menggerakkan
jari telunjuk secara berterusan itu sebagai tidak menepati sunnah. Lalu menuduh bid’ah sesat ke atas umat Islam.
Buku ini melihat
kepada dakwaan Syeikh al-Baani dalam
Kitab SifatusSolah An-Nabi, beliau
mendakwa disunatkan menggerakkan jari
telunjuk ketika bertasyahhud sambil menggerak-gerakkannya
sehingga salam dan selesai solat.
JAWAPAN
:
Bagi menjawab
persoalan ini, Imam an-Nawawi dalam
kitabnya “al-Fatawa” menjawab; “Disunatkan mengangkat jari telunjuk
dari tangan kanan ketika melafazkan huruf ‘hamzah’ pada kalimah (la ila ha
illallah…) sekali sahaja tanpa
menggerak-gerakkkannya. Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh.
Bagi menyelesaikan
lagi masalah dan persoalan tersebut, buku ini mendedahkan kepincangan dalil
bagi mereka yang mengatakan sunat menggerakkan jari telunjuk secara berterusan.
Dalil-dalil tersebut dibincang satu persatu dalam buku ini dengan dalil-dalil
yang sesuai, hujah-hujah, dan bukti yang nyata. Insya’Allah. Justeru, buku ini
diharapkan dapat menjelaskan persoalan dan masalah tersebut.
KESIMPULAN
:
Secara keseluruhannya, melihat
kepada ketentuan mazhab al-Syafie ialah menggerakkan jari telunjuk itu sekali sahaja di dalam solat, iaitu pada lafaz Allah ketika mengucapkan
kalimah (la ila ha illallah…).
Manakala perbuatan sesetengah pihak yang menggerakkan jari telunjuk atau
memutarkannya berkali-kali adalah makruh. Selama mana ia tidak tertakluk
kepada niat yang lain seperti
berniat bermain-main dalam solat,
maka hukumnya adalah haram dan solatnya terbatal. Jika seseorang itu
menggerakkan jari kerana gatal, terlalu lapar, terlalu sejuk, dan seumpamanya,
maka hukumnya adalah harus.
Adapun
amalan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa disunatkan menggerakkan jari
telunjuk dalam solat secara berterusan adalah pendapat yang salah. Malangnya,
pendapat ini cuba ditegakkan sesetengah kita dan mereka menyangka inilah amalan
sunnah yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. Sebenarnya, penisbahan mereka adalah
bathil. Tidak berdasarkan kepada fakta hadis sama sekali. Bahkan, pandangan
ulama’ empat mazhab dan selain mereka membuktikan kepada kita sebaliknya.
Begitulah sedikit sebanyak
perkongsian, wallahu’alam. Sila rujuk kembali buku tersebut.:D Moga bermanfaat.
Terdapat beberapa pandangan berkenaan mengerakkan jari telunjuk ketika tahayyat. Jangan memudahkan menjatuhkan hukum jika masih belum mendapatkan kepastian. Ilmu Islam ini luas dan melepasi sempadan.
BalasPadamhttp://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/8.htm
Terima kasih. :)
Padamhttp://www.youtube.com/watch?v=sE1KZoSfUto
BalasPadamTerdapat beberapa pandangan berkenaan mengerakkan jari telunjuk ketika tahayyat. Jangan memudahkan menjatuhkan hukum jika masih belum mendapatkan kepastian. Ilmu Islam ini luas dan melepasi sempadan.
BalasPadamhttp://hafizfirdaus.com/ebook/PersoalanSolat/8.htm
Saya kongsikan apa yang tertulis dalam buku itu. Saya pun masih kekurangan ilmu. Jadi, saya ada rujuk sahabat saya. Harap dapat jelaskan kekeliruan ini. :)
PadamPendapat yang paling kuat di sisi semua ulama Syafi'iyyah (mazhab syafie) adalah sepertimana pendapat imam nawawi, iaitu mengangkat jari telunjuk ketika membaca tasyahhud, dan itulah yg telah dupegang oleh kebanyakan ulama kita sejak zaman berzaman di nusantara. bagi saya dalam bab ini, ambillah pendapat yg paling meyakinkan. Tinggalkan segala yg khilaf atau berbeza dgn fahaman kita yg sudah sedia ada.
mempertikaikan isu2 sebegini hanya akan merosakkan amalan sahaja
pendapat yg kedua itu tidak kuat, pendapat imam nawawi itu paling kuat. pendapat kedua itu berdasarkan pendapat imam malik, sedangkan imam syafi'i sendiri tidak bersetuju dgn pendapat gurunya itu setelah imam syafi'i menemui dalil2 lain yg lebih kuat dalam soal ini. W/a
Pendapat yg sudah kita ikuti dalam mazhab syafi'i adalah yg paling sahih, pendapat yg lain terkeluar daripada mazhab syafi'i.. dan kita umat islam di malaysia wajib mengikuti mazhab syafi'i dalam urusan ibadah sebagaimana yg telah diikuti oleh para ulama kita zaman berzaman agar urusan agama kita lebih kuat dan tidak berlaku perpeccahan dalam masyarakat.
Padam