3rd Voice merupakan nama kumpulan nasyid yang aku tubuhkan hanya sementara, sempena Minggu Penghayatan Islam (MPI) di kolejku seperti yang pernah diceritakan dalam penulisan lepas. Nama kumpulan ini diilhamkan berdasarkan nama kolejku, iaitu Kolej Kediaman Ke-3, maknanya lebih kurang "suara pelajar dari kolej kediaman ketiga" hehe. Kumpulan ini hanya membuat persembahan pada malam penutup atau majlis perasmian MPI. Kami terdiri daripada 5 orang ahli yang semuanya merupakan pelajar kolej ini dan juga peserta nasyid bagi Festival Seni (FESENI) 2012, Universiti Malaya. Oleh itu, sambil membuat latihan untuk FESENI, kami ambil sedikit masa untuk latihan bagi persembahan MPI.
Dari Kiri : Farhan, Isa, Jie (Aku), Shahir, Lukman.
Tengok pada gambar tersebut, akulah yang paling rendah tapi aku juga yang paling tua sebab Shahir berada dalam tahun dua, yang lain baru tahun pertama, dan aku pula berada dalam tahun tiga atau tahun akhir. Walau bagaimanapun, aku tetap bersemangat tuk' berjuang tidak kiralah apa orang nak kata yang penting, nasyid tetap bawa kebaikan dan ketenangan padaku dan juga orang lain. Insya'Allah. Niat di hati inginku teruskan perjuangan ini bukan hanya sementara tapi mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa ahli-ahli atau teman yang sesuai dan betul-betul bersemangat sama seperti aku. Aku memang pencinta nasyid walaupun tidak diketengahkan atau tidak menjadikan diri popular, namun sememangnya sudah takdir atau ketentuan bahawa jiwaku cenderung ke arah hiburan seumpama ini.
Sebenarnya, ingin sekali aku terlibat sama dalam apa jua aktiviti yang melibatkan nasyid, namun bukan kerana tidak minat tapi disebabkan ketidakmampuan aku. Misalnya, aku di sini tidak begitu biasa dan tiada kenderaan, di samping tidak begitu tahu tempat-tempat untuk kutujui. Kalau tiada kawan yang bawa aku, sudah tentu aku hanya sekadar minat dan mencintai dari jauh sedangkan peluang tu sentiasa ada. Namun, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyertai persembahan dan pertandingan. Nak cari yang betul-betul boleh bagi komitmen bukan senang, kadang-kadang perlukan paksaan. Lagipun, kawan-kawan yang aku kenal tidak semuanya sama macam aku, sudah tentu susah bagiku untuk terlibat sama.
Begitulah sedikit sebanyak ceritaku mengenai perjuangan nasyid. Harapanku sekarang ingin sekali menubuhkan satu kumpulan nasyid yang semestinya akulah juga salah seorang ahlinya. Nama yang aku ingin komersialkan ialah "Nur Heart". :) Semuanya ketentuan Ilahi dan hanya kepada-Nyalah diri ini berserah. Terima kasih kepada semua yang selama ini terus memberi sokongan dan semangat. :)
"I LOVE NASYID"