Rakan...

Sabtu, 3 Mac 2012

Hijrah ♥ Hati ♥

Assalamualaikum....

                        Hijrah Hati merupakan tajuk bagi video islamik pertama yang aku cipta dengan seorang teman. Video ini dibuat untuk pertandingan video islamik sempena "Minggu Penghayatan Islam" di kolejku baru-baru ini. Pada awalnya, aku tidak ingin sertai disebabkan tiada kemahiran dan idea tuk' menciptanya. Bukan senang nak hasilkan satu cerita yang dijadikan video. Hendak buat lakonan pula tiada video cam. dan tiada bakat. huhu.. 

                        Akhirnya, aku 'try' cari video-video dalam 'you tube' tuk' dapatkan idea dalam menghasilkannya. Dengan bantuan temanku, akhirnya aku mencuba juga tuk' menciptanya, memandangkan memang hobi aku dan minus one, instrumental, juga koleksi nasyid memang sudah tersedia dalam laptopku. Jadi, apa salahnya mencuba.

                          Idea tuk' hasilkannya sudah dapat, iaitu dengan melukis kartun dan ambil gambar tuk' jadikan satu cerita. Dengan bantuan 'software' Cyberlink Power Director v7, kamera temanku, dan sedikit kreativiti, akhirnya aku berjaya hasilkannya. Namun, lukisan dalam video tersebut tidaklah cantik kerana dilukis dalam masa sehari, ditambah pula tiada bakat melukis, dan sudah lama tidak melukis.. huhu...
                    
                      Idea tuk' cerita ini pula, sebenarnya kebetulan terdengar lagu nasyid hadis bertajuk Hijrah nyanyian Muadz. Lagu itu menceritakan mengenai maksud hadis pertama hadis 40. Ditambah pula dengan sedikit cerita daripada pengalamanku dan temanku itu, namun cerita dalam video tersebut bukanlah 100% berkaitan dengan diri tetapi diubah suai sedikit tuk' sampaikan mesej. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn Al-Khattab r.a., beliau berkata:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda";

"Sesungguhnya, setiap amalan bermula dengan niat, 
dan sesungguhnya bagi setiap insan, (amalannya bergantung) kepada apa 
yang diniatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya,
maka, hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. 
Barangsiapa hijrahnya sekadar untuk keduniaan yang akan diperolehinya
atau sekadar untuk wanita yang akan dinikahinya, 
dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya. 
[H.R. Bukhari & Muslim]



Inilah video islamik "Hijrah Hati". Maaf jika ada kekurangan dan insya'Allah jika ada masa, video seumpama ini akan terus dihasilkan tuk' manfaat semua. Syukran kepada yang memberi pendapat, nasihat, dan sebagainya tuk' terus berusaha membawa kebaikan... :)
                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan