Rakan...

Sabtu, 17 Mac 2012

Nasyid FESENI 2012, Universiti Malaya.

Assalamualaikum... 



Alhamdulillah, selesai sudah pertandingan nasyid Festival Seni (FESENI) bagi tahun 2012. Maka, berakhirlah sudah pertandingan ini buat diriku yang sedang berada dalam semester terakhir di Universiti Malaya. Pejam celik, pejam celik, pantas masa berlalu. Teringat kembali sewaktu tahun pertama dalam suka duka untuk pertama kali menyertai pertandingan nasyid. Semua itu sudah berlalu pergi dan insya'Allah akan sentiasa segar dalam sanubari. Jika adanya pertemuan, pastinya akan ada perpisahan.huhu... Sedih rasanya, namun hidup dan perjuangan mesti diteruskan. Kalau ada lagi pertandingan seumpama ini selepas aku keluar dari universiti, dan jika ada peluang, aku tetap akan teruskan. 


Nasyid bukan semata-mata kerana hiburan atau juga minat tetapi sebagai salah satu hiburan yang mendidik jiwa yang dapat membawa mesej kebaikan. 
Aku tetap bersyukur kerana berpeluang untuk menyampaikan hiburan yang bermakna ini. Tiada apa yang kuingin dan kuharapkan, hanyalah doa agar bisaku sentiasa bersemangat dan tabah dalam meneruskan perjuangan nasyid, walaupun tidak menjadi penulis lirik nasyid, tidak menjadi salah seorang munsyid tetapi aku tetap akan menjadi pencinta nasyid.... :) 
Rasanya sampai di sini sahajalah untuk kali ini, semoga hiburan nasyid tetap menjadi pilihan utama dalam hati kalian. Syukran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan