FESENI 2010:
Ambil masa 'tuk menulis kejap. Cuma ingin meluahkan apa yang terbuku di hati mengenai hiburan yang mendidik jiwa, tak lain tak bukan, iaitu NASYID. Ini berkaitan dengan pertandingan nasyid Festival Seni (FESENI), Universiti Malaya. Setiap tahun pasti akan dianjurkan FESENI bukan hanya melibatkan pertandingan nasyid tetapi pelbagai lagi seperti dikir barat, pop band, koir, dan sebagainya.
Feseni 2010
Aku sudahpun sertai FESENI ni sewaktu 'first year' lagi di UM dan kini tahun ke-3 atau 'final year'. Pejam celik pejam celik, cepat masa berlalu. Dalam masa dua tahun lepas, aku sempat sertai pertandingan nasyid FESENI mewakili Kolej Kediaman Ketiga. Sebenarnya, aku sertai bukan kerana terpaksa atau ingin mendapatkan markah merit untuk terus kekal menetap di kolej ini tetapi kerana minat. Bukan senang hendak mencari pelajar-pelajar yang betul-betul ingin sertai. Minat tu memang ada tetapi yang ingin memberi komitmen 'tuk sertainya memang susah kerana melibatkan pengorbanan masa belajar. Tetapi tiadalah sampai melupakan pelajaran kerana sebagai mahasiswa, kita perlu bijak membahagikan masa. Buktinya, ada yang lagi sibuk dari kita ke sana ke sini, ke hulu ke hilir, bincang sana bincang sini, dan pelbagai program lagi tetapi masih dapat tumpu dalam pelajaran dan tidak menjejaskan persediaan menghadapi peperiksaan dan keputusan ujian pun tetap 'ok'. Jelas, semuanya bergantung kepada diri kita, lagipun nasyid ini mungkin berbeza dengan yang lain, bukan hanya kerana hiburan semata-mata namun terselit usaha dakwah 'tuk semua umat manusia (Islam).
Feseni 2010
Lucu bila kenang kembali, maklumlah persediaan menghadapi pertandingan tiadalah sehebat kolej-kolej lain. Biasalah, setiap kolej mempunyai kemampuan masing-masing bukan sahaja dari segi pelajar, namun hal-hal melibatkan kewangan. Agak sedih kerana kolej yang aku tinggal ini mungkin kurang dari segi sumber kewangan walaupun terdapatnya bantuan. Tengok sahaja pada pakaian yang sudah beberapa tahun lepas tiada berubah, tetap sama sehingga menampakkan identiti kumpulan nasyid Kolej Kediaman Ketiga bila hanya tengok pada pakaian...
Begitu juga, persediaan latihan hanya dilakukan sendirian berhad dengan bantuan senior-senior yang ada pengalaman dan sedikit ilmu 'tuk dikongsi disebabkan ketiadaan peruntukan untuk mengambil khidmat guru bagi mengajarkan apa itu 'NASYID'..... :'(
Namun, kami tetap teruskan usaha sehinggalah aku masuk tahun kedua. Walaupun kebanyakan senior sudah tidak ingin teruskan, namun aku dan beberapa orang lagi kawan tetap meneruskan tradisi nasyid ini... :)
Tiada apa yang dapat dikongsi lagi, melainkan gambar-gambar kenangan...
Malam Bintang Kurshiah 2010
Begitulah kehidupan nasyid yang aku alami. Tahun lepas aku berada di tahun dua, jadi masih berpeluang sertai FESENI 2011 dalam pertandingan nasyid. Alhamdulillah, walaupun persediaannya tetap sama, namun terdapatnya sedikit peningkatan dengan pelajar-pelajar yang baru, namun seperti yang diceritakan tadi, persediaan lambat dilakukan kerana susah hendak mencari yang betul-betul dapat memberi komitmen dan betul-betul ingin sertainya. Ada yang malu-malu, ada yang kata, "Suara aku tak sedap" walaupun minat, dan macam-macam lagi... Aku cuma dapat bagitahu, sertai kerana 'AGAMA'... Akhirnya, sudah menjadi tugasku memujuk semua...huhu.. Begitu susahnya walaupun akhirnya dapat juga diteruskan...
Sehari sebelum pertandingan (2011)
Banyak rileks jer...hehehe
Feseni 2011
Feseni 2011 (Selepas Pertandingan)
Setia menonton...:)
Begitu juga, persediaan latihan hanya dilakukan sendirian berhad dengan bantuan senior-senior yang ada pengalaman dan sedikit ilmu 'tuk dikongsi disebabkan ketiadaan peruntukan untuk mengambil khidmat guru bagi mengajarkan apa itu 'NASYID'..... :'(
Namun, kami tetap teruskan usaha sehinggalah aku masuk tahun kedua. Walaupun kebanyakan senior sudah tidak ingin teruskan, namun aku dan beberapa orang lagi kawan tetap meneruskan tradisi nasyid ini... :)
Tiada apa yang dapat dikongsi lagi, melainkan gambar-gambar kenangan...
Malam Bintang Kurshiah 2010
FESENI 2011:
Sehari sebelum pertandingan (2011)
Banyak rileks jer...hehehe
Feseni 2011
Feseni 2011 (Selepas Pertandingan)
Setia menonton...:)
FESENI 2012:
Sekarang ini, tahun ketiga atau 'final year', masih berfikir banyak kali sama ada ingin sertainya atau tidak memandangkan hanya tinggal aku seorang sahaja yang nampaknya masih berminat. Baru-baru ini diminta oleh seorang rakan mungkin AJK Feseni Kolej Kediaman Ketiga sesi kali ini untuk mula mencari pelajar-pelajar yang ingin sertai nasyid. Jadi, aku tetap ingin mencuba walaupun aku mungkin tidak sertainya lagi. Bergantung kepada keadaan, sama ada ingin sertai atau tidak melihat kepada komitmen yang akan diberikan. Walaupun FESENI bermula tahun hadapan, namun kebanyakan kolej sudahpun bersiap sedia awal-awal lagi, oleh itu kolej ini bolehlah mula membuat persediaan. Latihan seminggu sekalipun mungkin sudah memadai bagi memberi pengenalan kepada semua...
Dalam hati dilema sama ada ingin teruskan atau tidak walaupun berminat lagi... Apapun yang terjadi, semoga nasyid di Kolej Kediaman Ketiga dan seluruh UniversitiMalaya tetap diteruskan agar tidak pupus, namun berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh agama bukan hanya kerana pertandingan semata-mata dan ingin hiburkan diri juga mengaut keuntungan. Wallahu'alam bissawab.... :)
Tak tahu hamba Allah mana yang letak...huhu
Tak tahu hamba Allah mana yang letak...huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan