Rakan...

Ahad, 23 Oktober 2011

Ku Lihat Hijau


Adakah warna lain tidak menarik dan tidak begitu penting? Sebenarnya, semua warna di dunia ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam mewarnai alam ciptaan Tuhan. Sesungguhnya, pengaruh warna terhadap manusia sangat besar dan sejumlah penelitian mengenai kajian yang dilakukan telah menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat kita seperti merasa panas, dingin, nyaman, bahagia, bahkan dapat mempengaruhi keperibadian juga kehidupan manusia.

  Begitulah sedikit sebanyak dari saya sebagai renungan buat semua sebelum menceritakan lebih lanjut mengenai warna yang menarik hati saya, iaitu hijauCuba kita bayangkan dunia ini tanpa warna, yang ada hanyalah warna hitam juga putih. Sudah tentu kita tidak sanggup untuk membuka mata kerana pandangan mata kita akan menjadi kelam dan suram, begitu juga emosi kita yang disebabkan pengaruh warna itu tadi. Cuba kita renungkan mengenai kekurangan yang ada pada diri seseorang yang menghidap buta warna. Apa yang akan kita fikir dan rasai sekiranya diri ini salah seorang dari mereka, itu tidak lagi cacat penglihatan yang sememangnya akan mengharungi lagi banyak ujian.



 Justeru, di samping kita sibuk melihat warna-warni kehidupan di dunia ini, marilah kita sama-sama menjadi seorang yang mempunyai sikap rendah diri dengan menadah tangan bersyukur kepada Allah s.w.t. yang masih memberi nikmat kurniaan mata kepada kita yang sihat untuk melihat alam ciptaan-Nya, di samping merenung kekurangan diri yang ada pada diri kita juga orang yang kurang upaya.
Semua manusia sememangnya mempunyai warna kegemaran masing-masing yang menyebabkan wujudnya pelbagai pilihan warna yang dilihat terutamanya dalam pemilihan sesuatu yang diperlukan dan menjadi kehendak dalam kehidupan manusia seperti warna pakaian, rumah kediaman, kereta, dan sebagainya. 

Berbalik kepada keistimewaan warna hijaupara pakar mengatakan bahawa warna yang mampu membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup adalah warna hijau. Oleh kerana itu, warna yang utama dan sesuai untuk bilik atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah, dan pakaian pesakit adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akan dikemukakan di sini bahawa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London, di kawasan Black Fryer yang terkenal dengan "kawasan bunuh diri" kerana majoriti kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan itu. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Dengan hal ini, ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga dapat menjadikan pandangan mata nyaman.(Sumber:Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim).

Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, dan ketenangan jiwa. 
Antaranya:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat, dan telapak tangannya menyangga
kepala) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah"
(Q.S. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci"
(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau
dan sutra tebal" (Q.S. Al-Kahf: 31)

Jelas menunjukkan bahawa warna hijau dapatlah dijadikan sebagai salah satu warna kegemaran kita. Itu sahaja, terima kasih…he3.. 
Halwa Telinga: Hijau-Zainal Abidin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan