Rakan...

Sabtu, 22 Oktober 2011

Puisi: Hati Kasih Ilahi


Setiap insan miliki hati,
Hati kasih pada yang Satu,
Satu itu hanya Dia,
Dia  Maha Pengasih Maha Penyayang…

Anugerah buat insan,
Insan punyai perasaan,
Perasaan kasih dan sayang,
Sayang terbit dari hati,
Hati yang kasih pada Ilahi…

Kasih Ilahi kasih insani,
Insan kasih kepada Kekasih,
Kekasih Allah cinta diberi,
Beri selawat serta salam,
Salam dihulur untuk kesejahteraan…

Hati bersih lagi suci,
Suci terserlah kerana Dia,
Dia  Allah dekatnya di hati,
Hati syukuri insafi diri,
Diri tenang wujud harmoni…

Taman hati disuburi,
Subur dengan baja keimanan,
Iman mekar harum mewangi,
Wangi semerbak selubungi hati,
Hati terpaut mengejar syurgawi…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan