Puisi ini dicipta untuk seseorang yang pernah muncul dalam hidup ini. Semoga dirinya tetap berada dalam keimanan dan kehormatan dirinya sentiasa terpelihara. Amiin...:)
Bila kau hadir dalam takdirku,
Tak berdaya menafikannya,
Pertemuan sudahpun bertaut,
Terlihat sinar di wajahmu…
Tenang hatiku tenang,
Sejuk bila memandangmu,
Bukan kerana nafsu meronta,
Tapi pandangan yang menginsafkan…
Walaupun ku tidak bisa melihat,
Ketulusan hati yang tersembunyi,
Namun kutahu kau punyai hati,
Sentiasa mengharap redha Ilahi…
Malu diriku menatap dirimu,
Kerana kehormatanmu terpelihara,
Takut untukku mencemari kesucian,
Kau tutup tubuhmu dengan kebaikan…
Indah kata bukan kerana suara,
Bukan jua kerana bijak berbahasa,
Bicara dan hujahmu pada kebenaran,
Kejahilan diriku mulai dilunturkan…
Kemesraan tidaklah dibanggakan,
Kehormatan bergaul lebih diutamakan,
Terkadang segan untukku berteman,
Kerana kau tahu larangan Tuhan…
Perihal dirimu buatku berfikir,
Sebagai Adam mampukah aku,
Menasihati dirimu dalam kebaikan,
Meluruskan bengkok rusukmu itu…
Sebaliknya aku yang selalu berharap,
Menobatkan dirimu menjadi sayap kiriku,
Membantuku menuju jalan-Nya,
Agar imanku terus meningkat…
Kiranya kau tahu di dalam hatiku,
Tersimpan sebuah harapan,
Mungkin tak bisa tuk meneruskan,
Kerna kutahu kau solehah…
Semoga dirimu dalam ketakwaan,
Haruman dirimu wangian iman,
Akhlakmu tersemai benih mahmudah,
Sentiasa dirimu digelar kau solehah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan